Thursday, August 18, 2011

Dah tukar duit raya ke?

Raya dan duit raya tak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ibarat butter dan gula, ibarat aku dan dia....hehehhe. Pas tu duit raya mesti nak bagi duit yang baru2, kenapa ek? Duit yang lama pun sama je kan nilainya....hehehe. Eh uols dah tukar duit raya ke belum? Berapa juta tukar?

Kalau kat kg Mummy acara bagi duit raya ni selalunya selepas agenda gambar beramai2. Pas tu sorang2 bagi duit raya. Bayangkan je la anak dan anak2 saudara Mummy hampir 40 orang, anak saudara menantu lagi , cucu saudara lagi...meriah.

Pagi tadi Mummy ke bank urusan BG, so terus gi tukar duit. Gigih tu beratur. Dia tak bagi pun no giliran so lenguh2 le korang berdiri. Nasib baik Mummy giliran ke-6. Kalau sampai tengahari makin panjang line tu. Kat Maybank di yang ada duit baru utk RM50, RM10 dan RM1 je RM5 duit lama.

Gambar ikhsan pakcik google

Warna apa duit raya uols tahun ni? Tak kisahlah warna apa pun yang penting bagi kena ikhlas kan. Tapi Mummy rasa majoriti bagi duit raya mesti ikut kategori kan. Untuk anak warna lain, adik beradik warna lain, anak2 saudara warna lain, budak assalamualaikum warna lain....

2 comments:

  1. Betul ler duit rm5 kat Maybank duit lama.Diseterika ke apa.Dari duku kini dah selamanya tetap tukar 2 colour je..hijau n biru.Jadi ko org dah dapat agak anak ko org dapat warna apa dari aku ni.Hihihi

    ReplyDelete
  2. Mummy Gee, untuk adik beradik mummy bagi le kale merah pun jadi le, tapi bio le 4,5 keping ke
    mama janet, rasa2nya kale duit raya kita sama aja kut cam tahun2 lepas, tak tau le kenapa dia nak tukar kale...

    ReplyDelete