Friday, August 5, 2011

Zzzzzzzzzzzzzzzzz

Hari ni dah masuk 5 Ramadhan ... esok lusa cuti lagi dua hari... sekejap je masa berlalu kan... rasanya penat mengoperasi rumah Nilai tak hilang lagi, hari minggu dah menjelma semula...


Kenapa bila bulan puasa ni pagi2 mata dah mengantuk ye? Ada ke sebab kita bangun awal dari biasa... ni Mummy dah tersengguk2 je, baru je balik dari office Company Secretary @ Jalan Ampang, drive pun rasa cam nak tidur je...

Lunch ni nak lari lari kejap (kereta yang lari bukan Mummy)... langsir dah siap 2 minggu lepas tapi tak ambik2 lagi...

Apa nak masak petang ni yer? Buka dan sahur pagi tadi anak2 mintak spagetti je, petang ni nak makaroni goreng pulak.... emmm klu cam tu Mummy makan lauk recycle semalam je la.. ada daging goreng kunyit dan tenggiri lemak cili api... tak baik membazir kan...

3 comments:

  1. kalau aku jumpa baby secomel ni kat depan pintu..

    ReplyDelete
  2. ZZZZZ
    DPT mengELAKKAN dosa mata
    dosa mulut

    ReplyDelete
  3. MS, tapi kalau terlebih ZZZZZZZ.... pun tak boleh, jangan gunakan alasan posa untuk kita ZZZZZ.... lebih2 ye....

    ReplyDelete