Monday, July 5, 2010

Short trip to London ...

Kalau gi London mesti bergambar kat depan Istana Buckingham

Semalam Mummy pergi London buat Almond London cookies. Cooking2 & baking2 over the weekend ... kan enjoy tu. Bila ek Mummy nak pi London ni. Tak de ke orang nak bagi pakej percutian fully sponsored kan...ah forget about the trip...ni nak cerita pasal lain. Kenapa ye biskut ni dipanggil Almond London... orang kat London selalu buat cookies ni ke. Ntah2 dia orang tak tau pun kewujudan cookies ni...hehehe.... tak pasal2 kita ni dah 'menglamourkan' London. Nak tukar la nama cookies ni jadi Almond PS (cadangan si MMirror ni)....

Kali ni Mummy guna resepi dari Chef Blogger yang fofular tu la. Sapa lagi kalau tak Che Mat Gebu. Ni resepi dia. Mummy dapat dalam 95 biji. Kalau nak buat untuk raya nanti janganlah uols buat satu adunan jer mana cukup. Nak bawak balik kg sendiri, kampung inlaw dan hidangan kat rumah. So koman2 pun kena buat 4-5 adunan kut.

 
Pukul butter ngan gula. Past tu masukkan kuning telor. Pukul guna whisk je... (emmm bila la nak rasmi mixer baru ku itu...)

 
Masukkan essence vanilla dan tepong sikit...kalau masuk banyak2 sekali nanti bergentel2 la pulak

 
Kacau dan kacau lagi...

 
Bila agak2 dah susah nak kacau guna wick tu guna je la tangan. Cincin2 berlian tu bukak la dulu nanti terselit pulak tepung2 kat cincin2 mahal uols tu, alah lagi pun uols bukan buat life kat tv pun, tak de sap anak tengok cincin uols yer...

 
Dah siap bergentel dan sedia untuk dibakar. Muka assistant Mummy ni mesti ada punye

 
Kiri - Masukkan dalam oven
Kanan - Bakar 15 minit je dah masak

 
Kiri - Susun biskut yang togel tu dalam paper cup
Kanan - Masukkan coklat yang dah dicairkan dalam piping bag

 
Kiri - Tuang choc dlm paper cup tu
Kanan - Tabur2 sikit ngan almond nib
 
Tadaaaaaaa... dah siap pun...tengok tak de comot2 pun kalau kita guna piping beg untuk salut choc tu! Tengok punye banyak almond nib Mummy letak. Kalau kita beli yang dah siap tu ada let 3-4 ketul almond nib tu atau ada gak yang tabur ngan colorful choc rice tu... tu kira dah derhaka pada resepi asal la tu kan...

Korang tau tak kenapa orang jual biskut ni sampai sebiji 50-60 sen? Selain dari harga almond tu yang sebiji pun dah 5-6 sen, biskut ni sebenarnya agak renyah gak la. Part paling boring pada Mummy nak mengentel dia tu, mau terlelap2 kalau buat banyak tu.  Dan lagi satu time nak menyalut cokelat... bercinta uols. Memang time consuming sikit la nak buat biskut ni. So lain kali kalau beli biskut ni jangan komen2, sebiji 50 sen tu uols tinggal ngap jer. Kena appreciate gak tenaga orang yang membuatnye tu... Tapi kalau beli sebiji 50 sen pas tu dalam tu ada almond separuh jer atau langsung tak der almond memang patut uols jadi 'hulk' la...dan penjual pulak jangan nak untung lebih jer, kualiti kena jaga ma... so tiap tahun customer tak lari..

Dulu2 kan (wah cam lama je gitu) Mummy salut cokelat tu gunakan sudu atau penyepit. Sekarang ni Mummy dah guna cara mudah jer. Susun2 dulu biskut yang togel2 tu dalam papercup. Masukkan coklat yang kita dah cairkan (double boil) tu dalam piping beg. Pas tu potong sikit hujung piping beg dan tuang je coklat dari cawan ke cawan. Lagi cepat uols. Untuk 90 biji semalam Mummy buat dalam 5 minit jer dah siap...senang kan. Ps tu tinggal tabur je almond nib (jangan lupa panggang sekejap bagi rangup). Lagi satukan klu nak bagi choc tu nampak berkilat letak sikit vegetable shortening. Sekian tips untuk kali ini puan2... selamat mencuba...hahahah. Tapi kalau malas nak cuba buat tu emmm gi jer lah beli yang dah siap...hahaha

No comments:

Post a Comment