Friday, July 16, 2010

Naik dan naik lagi ....

Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Jumaat yang dinantikan sebab lepas Jumaat cam biasa cuti dua hari bagi orang yang bekerja. Tapi esok Mummy kena kerja, company ada buat joint program kat Bukit Unggul.


Uols dah tau kan harga gula dan petrol RON 95 naik lagi. Harga RON 97 pulak akan diapungkan mengikut harga pasaran. Komen? Tak ada komen dan malas nak la komen apa2. Uols tengok tv malam ni mesti akan keluar kat tv pasal interview kenaikan harga ni dan pasti ada respond cam ni 'kenaikan ini tak membebankan', 'harga kita masih terendah dibandingkan dengan ...'


So jangan nak mengeluh marilah kita menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan gula, minum air suam banyak2. Selain jimat boleh jaga suara dan kulit jadi bersih berseri. Bila suara dah sedap dan kulit cantik berseri boleh masuk AF akan datang.... Kalau nak jimatkan petrol pulak, duduk rumah je spend masa dengan keluarga... klu nak keluar rumah pun pi jalan kaki jer....exercise tu.... banyak manafaat bila harga barang naik ni....jangan pandai nak tengok yg negatif jer.... hahahahah....mummy kah yang berkata sebegitu!!!! Cam tak saya je kan.... kepada semua rakyat malaysia, sabar je laa. huhuhu.


p/s: harga barang dah selalu naik, gaji bile plak nak naik? hmmmmm.

2 comments:

  1. Gee..masalah kalau setakat ahrga gula & petrol aje yg naik memang tak ada hal....mama makan gula 1 kgsebulan pun x habis...petrol pulak biasalah...cuma lepas ni semua barang akan naik...yg tak ada kena mengena dgn minyak pun naik..cam parking kereta tu..huhuhuuh

    ReplyDelete
  2. setakad harg gula yang naik tak seberapa tu, rasanya tak la membebankan,korang sume kan tak suka minum manis, buat teh anyep la sedap cam mak dulu2, mana ada bubuh gula.tang minyak naik tu,pandai2 le nak handle, setakad nak pegi kedai depan umah tu jalan kaki aja la....

    ReplyDelete