Thursday, July 15, 2010

Bosan

Mummy boring dan malas tahap cipan @ gaban ni. Malas2 pun pagi tadi dah siap settledkan all administration task, calling2 company secretary ngan auditor so settled pasal audit report dll. Sekarang ni rasa cam nak bergolek2 dan berehat2 santai je kat rumah.... nasib baik ada satu report je Mummy nak siapkan ni petang ni. Nak gi lunch pun malas.  So Mummy buat n3 terliwat terlewat la.... xtvt Mummy last Saturday.

Operasi pembersihan taman 'sekangkang tikus' ... nak mengambarkan keciknye taman yang ada tapi tak terjaga tu... hehehe

Pokok2 yang dah terjaga disebabkan tuan dia sibuk menjaga dan 'menebas' kat kebun2 yang lagi luas....

Pokok2 yang dah tak boleh nak membesar, dalam pasu tu dah penuh dengan akar. Malah akar tu dah tembus pasu tu... xtvt nak alihkan pokok2 tu tanam terus kat tanah.

Operasi sedang dijalankan...

Kolam ikan cinonet selepas disental dengan berus lantai @ dawai ...

Barulah nampak ikan berenang2 kat kolam ni.... heheh... sebelum ni klau buaya ada dalam tu pun orang tak perasan sebab air kolam tu keruh...punca? terlebih makanan (coloring di la tu...), berlumut dan segala macam mak nenek ada dalam tu. Jangan x percaya ikan2 tu main badminton gak sebab Daddy jumpa ada racket dalam tu....oh ya, CD pun ada gak selain pensil, ruler dan yang sewaktu dengannya. Rasanya ikan yang Mummy bela tu kategori ikan genius la...

Aduh... naik kematu tau tangan Mummy yang halus mulus ni sebab kena mencangkul tanah batu tu... sekejap2 berhenti. Half way dah berpeluh2, rasanya memang turun la berat badan 2.7gm masa tu... Camana la abah dulu kebun berekar2 dia jaga ye...

Selepas sejam lebih berjaya memindahkan pokok2 dari pasu ke tanah, tu pun lastnye Daddy yang siapkan....

 
Tengoklah pokok dalam pastu belah kiri tu pun dah kuning je daunnya. Dalam pasu tu dah penuh dengan akar dia. Jenuh gak nak keluarkan akar dia. Oh ya pasu @ tempayan kecik tu Mummy cilok dari kampung, masa tu duduk kat Nilai lagi. Pindah Bangi pun bawak gak tempayan tu... barang antik tu.... heheh... agak2 muzium nak beli tak ek!!

Half way operasi taman cinonet Daddy ajak dating dan cuci2 mata kat Ikea pulak. Daddy kata operasi taman sambung petang . Mummy apa lagi ok je la. Anak2 semua tinggal.

Ike tengah sales sampai 1st August. So sapa nak cuci2 mata ke nak beli perabut baru pegilah, ada masa lagi ni....waaa...mummy buat promosi untuk Ikea...kalau lah dapat free sofa ke 90% discount dari Ikea bagus gak...heheh

Full leather reclaining chair....normal price RM699, offer till August 1st RM399... very comfortable ma..... sure berebut ni kalau ada sebiji kat rumah... hehehe

Semua sofa dicubanya belinye idak....

Gambar syok sendiri

Tengok belek tengok belek

Book shelf yang sempoi...

Ni confirm Mummy beli... hanger tudung hehehhe.... cam yang MMiraki beli online, cuma yang ni plain je ...

Lampu yang comei2...

Mummy rasakan kalau campur semua, jarak Mummy berjalan kat Ikea tu ada kut 4-5km jadinye...penat ya amat. Nasib baik Mummy pakai sandle bertali je. Memang kematu la... nak gi makan kat dalam Ikea tu pun tak boleh sebab orang tersangatla ramainya. Last drive through Mek D je....

4 comments:

  1. Hanger tudung tu cantik!! Buat I jelous...Aritu nampak sorang blogger gantung tudung2 ekin dia dlm hanger tu nampak kemas sgt.. nk gi carik la camni..

    ReplyDelete
  2. MMirror hanger tudung tu boleh order kat sini http://muslimahavenue.blogspot.com/2010/05/multi-purpose-hanger.html ... MMiraki beli kat sini la, Mummy tumpang beli sama... memang senang hanger tudung tu, awning tudung tak akan terlipat.... so Mummy dah ada 2 hanger boleh letak 56 helai tudung...emmm...klu agak2 tak cukup satu hole tu boleh letak 2 tudung...beli jangan tak beli

    ReplyDelete
  3. Gee, sian aku tengok pokok2 ko tu, cam tak cukup vitamin,daunnya kuning2, batangnya pun halus2 aja, bubuh le baja....

    ReplyDelete
  4. Anonymous - Pokok2 tu memang spesis yang kurus la, tiap2 hari siram ngan slimming tea....heheh

    ReplyDelete