Monday, July 19, 2010

Apam Gula Merah @ Apam Gandum

Assalammualaikum...salam pagi Isnin untuk semua. Tau la hari ni hari Isnin tapi jangan mondom2 yer. Lagi 5 hari kan dah cuti lagi heee.... so uols breakfast apa pagi ni? Nasi lemak? Nasi goreng? Lontong kering? (ni ada kat JB je...kut)..Soto? (sedapnye...lama tak buat). Atau roti canai?

Hari ni Mummy breakfast makanan zaman dolu2 masa kecik2... apam gula merah atau ada orang panggil apam tepung gandum. Beli kat mana? Tak main la beli, Mummy buat sendiri la petang semalam. Ingat nak buat untuk minum petang tapi sebab buat dah nak senja so makan utk breakfast je la. Dulu2 kan kalau sebelum tidur tu emak dah nak bancuh tepung buat apam ni kan, hati berbunga je...sebab dapat sarapan apam...dulu apam tu kira benda mewah gak tu untuk family Mummy...

Senang je nak buat apam ni dan bahan2 da pun sempoi je. So kalau ada yang teringin nak buat apam yang emak buat zaman dulu2 tu ni resepi dia.
- 1/2 kg tepong gandum
- 1 cawan air
- 1 pkt yis (11gm) - rendam dengan 1/2 cawan air dan biarkan 10 minit
- 1 cawan gula (1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula perang/pasir) + 1 cawan air
- kelapa parut

Tepung campurkan dengan air dan kacau sampai tak bergentel. Masukkan gula ang dah dicairkan dan ditapis. Kalau guna tu tak ditapis takut nanti cam ada pasir2 halus. Pas tu tambah yis dan kacau lagi. Biarkan dalam 40 minit atau samapi naik 2x ganda. Lanserkan loyang dengan minyak sikit. Tuang adunan dan kukus 40 minit (sampai masak la...)...dah siap pun.... nak potong tunggu la sejuk dulu...cicah kelap2....walaaaaaa

Adunan apam yang dah siap... biarkan 40 minit atau sampai naik mengembang. Pastikan guna bekas besar takut nanti melimpah ruah pulak...

Hah kan dah cantik tu mengembang.... Mummy buat apam ni sambil buat coklat so terleka sampai dah nak turun semula adunan apam ni baru nak kukus... heheh...

Sedia untuk di'sauna'. Mummy guna loyang bulat 10"

Selepas 40 minit...wa...cantik gebus....ngam2 je  loyang Mummy guna tu kan...

Tunggu sejuk dulu...

Jom... jom... makan....

Close up sikit....

3 comments:

  1. kerana godaan apam ni...balik kerja ni mama terus mengadun tepung...ni tengah tunggu dia naik...heehheheh

    ReplyDelete
  2. MMiraki cepatlah post gambar apam yg awak buat...jadi ke tak? Ke jadi cekodok gula merah!!!

    ReplyDelete
  3. Terliur plak....huhu...mesti bwt ni.... Yum...yum....

    ReplyDelete