Wednesday, July 28, 2010

Masak-masak versi biskut raya...



Lagi dua minggu kita nak puasa kan...lepas puasa mesti raya, dan kalau raya mesti ada biskut raya. So dah fikir ke nak buat biskut raya apa tahun ni? Biskut tunjuk2? Ala tak trill la, cuba sesekali buat biskut raya sendiri. Kalau yang ada anak2 tu mesti anak2 seronok. Lagi bersemangat dia orang nak berpuasa. Tapi janganlah buat biskut raya ni tengahari2 buta, nanti anak2 buka puasa waktu zohor la pulak. Buat je lepas balik terawih. Buat biskut raya bukan susah pun dan bukan ambik masa yang lama pun tapi janganlah buat 4-5 adunan sekali (kalau nak buat banyak la...), buat 1-2 aduan so 2-3 jam siap la. Esoknye buat lagi...itu tip untuk hari ni ye puan2... heheh

Mummy rasakan kalau raya tak ada xtvt bakar2 biskut ni cam kureng meriah sikit... so nak bangkitkan feel raya memang Mummy akan buat biskut la. Mummy buat biskut yang senang2 je pun. Biskut tetap mestilah Almond London. Mummy akan buat 4-5 kali sebab buat sikit2. Dah dekat2 nak raya nanti baru Mummys alut ngan coklat.

Kalau tak ada oven nak buat biskut raya kan, nah Mummy bagi satu resepi mudah yang tak perlukan sebarang oven. Opps...bukan biskut raya kukus ye. Mummy buat biskut ni petang semalam balik kerja. Sampai rumah 5.50 pm. Terus klung klang klung klang kat dapor. Kul 6.25pm dah siap dan kluar ambik anak kat sekolah. Cepat kan Mummy buat biskut raya ni.

Biskut ni tajuk dia Peanut Butter Candy. Bahan2 pun senang jer biskut crumb (klu original recipe dia guna graham crumb tapi kat sini kita boleh ganti ngan biskut marie atau cream cracker biasa), gula, peanut butter, butter, chocolate dan shortening (boleh ganti ngan butter). Itu je senang je kan..  

- 2 cawan biskut crumb
- 1/2 cawan gula perang/halus
- 2 cawan peanut butter
- 1/2 cawan butter (unsalted)
- 2 cawan chocolate
- 1 sudu shortening

Mummy guna biskut marie je...ketuk2 la nak jadikan crumb

Bila dah hancur campur ngan gula halus dan gaul sebati

Cairkan butter dan masukkan peanut butter

Kacau dan biarkan sampai sebati

Tuangkan campuran butter ke dalam biskut crumb tadi

Alaskan loyang ngan baking paper @ kertas minyak

Tuankan campuran tadi dalam loyang... masukkan dalam peti sejuk sekejap (5 minit)

Coklat dan shortening dicaairkan. Tuangkan dalam loyang. Masukkan semula dalam peti sejuk. Biarkan dalam 1 jam.

Dah siap pun...

Bila keluarkan dari loyang nampak cam ni lah..

Potong empat persegi (lain kali nak try guna biskut cutter, comel sikit bentuk dia) dan sedia untuk dingapppppppppp.... senang je kan (gambar atas ni pakcik google bagi pinjam, lupa nak snap gamabr yang dah potong semalam). Dan sedap... bagi pengemar choc dan peanut la sebab memang biskut ni kaya dgn keduanya. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk!

8 comments:

  1. cam senang aja , aku nak try buat la, shortening tu cam ne rupanya, aku tak pernah beli la....

    ReplyDelete
  2. ohhh menarik resepi ni...boleh try.....
    wahai cik anonymous - shortening tu gi beli kat kedai bahan buat kuih muih ler....

    ReplyDelete
  3. oo takyah bakar.... nak buat la nanti, jgn delete tau resepi ni MUMMY.. Tapi nak kena beli gak pemotong khas kekotak tu baru cantik kan...

    Ha'a Shortening tu lemak sayuran..warna putih, likat mcm butter.

    ReplyDelete
  4. MMirror - biskut ni versi utk org tak de oven mmg tak payah dibakar. Klau ada pemotong petak2 cam acuan org buat shortbread tu lagi bagus...lagi cantik potongan dia, klu guna pisau make sure pisau tu kita rendam kat air panas kejap so senang sikit nak potong biskut ni, klu tak pecah le choc dia.. td lunch Mummy gi bakery shop nak cari pemotong petak tu la, tapi tak de stock la pulak....

    ReplyDelete
  5. pemotong tu kena tempah ler...macam yang orang jual kuih coklat petak tu....hari tu tgk kat "bakewell" sri gombak ada...selain tu buat potong kuih talam pun cantik tu

    ReplyDelete
  6. MMiraki tak payah tempah meman gada jual kat bakeri shop. Td sempat singgah kat Bake With Yen kat Bandar Puteri Puchong tapi dah habis la pulak, nxt week baru stock sampai....

    ReplyDelete
  7. Biskut ni kne simpan dlm petiais jela eyh? Klau tak nnti lemau? Tahan lama tak eyh biskut ni? 👀

    ReplyDelete