Sunday, July 4, 2010

Mondom day...

Balik kerja petang Jumaat, Mummy dah tak sedap badan. Lepas isyak bawak anak2 naik dan terus zzzz.... sedar2 dah kul 6.30 am. Kepala tersangatlah beratnye. Teruklah demam serentak dengan bibik.

Walau demam Mummy kena kluar rumah gak nak amik report card anak. Alamak! mini couper Mummy tak boleh start la pulak. Bawak la Naza bagak tu. Kul 8.30 am Mummy dah sampai. Oklah dapat giliran no 5 untuk Daniel dan Danish pun giliran ke-5. Tengah jumpa cikgu Daniel turn jumpa cikgu Danish pulak. So bagi orng lain dulu jumpa cikgu Danish. Urusan report card sekolah kebangsaan 20 minit selesai. Pas tu gi sekolah agama dia orang pulak. Nasib baik sekolah agama opposite sekolah kebangsaan je.

Balik singgah kedai je beli sayur2 dan ikan2. Malas nak gi pasar. Lunch semalam masak sempoi je.

 
Sambal terung dan bening rebus bodoh sawi putih

 
Sotong goreng tepong dan telor mata lembu

Lepas makan bening bodoh sawi Mummy zzzz.... sekejap je tidur tak sampai setengah jam pun. Lagi tidur lagi pening la kepala. Yang tahan cendol basi meleleh tak berhenti ni...

Pagi tadi jiran Mummy bagi kuih, so Mummy pun buat kuah durian dan roti jalan la. Roti jalan tu Mummy mana makan so Mummy makan kuah durian ngan roti je.

 
Belak kiri tu roti jala versi masa tengah rajin menggulung. Yang kanan tu versi lipat2 je... hheheh... panas le nak gulung2 time panas2 tu..

 
Nah jemputlah jamu mata

No comments:

Post a Comment