Friday, July 2, 2010

Cop Jempol!

Kat atas ni chop mohor @ chop jempol yang akan Mummy gunakan kat gambar2 yang Mummy letak kat blog Mummy Gee's Choc. Sebelum ni memang dah ada pun chop jempol tu cuma nak letak yang comei sikit... hehehe. Untuk blog personal Mummy Gee ni pulak chop jempol akan dibuat gak. Harap2 dengan adanya chop jempol ni tak ada lah kejadian mencuri dan mengedit gambar2 dari blog ni seperti apa yang dialami oleh Mat Gebu bila majalah masakan yang fofular menciplak gambar dari blog beliau. Sebelum ini ada gak blogger yang cilok gambar baby dari blogger lain dan hantar gambar tu untuk masuk satu contest. Kebetulan gambar tu menang contest dan pemilik asal gambar tu baru sedar gambar baby tu gambar baby dia....

Memang la blog Mummy tu tak sefofular blog Mat Gebu tapikan manalah tau ada gak malaun yang 'terbekenan' kat gambar2 dalam blog Mummy tu, so untuk protection lebih baik Mummy letakkan cop jempol tu. Selain dari tu nak disable kan right click la. Dulu dah disablekan tapi bila tukar blog template hilang semua dah.... jom semua kita mencop jempolkan gambar2 dalam blog kita...

Kalau malas nak buat cop jempol sendiri boleh order kat Little Colour Shop atau email je pada si pemilik blog Jiya callmejiya@gmail.com . Harga bermula dari serendah RM6 je.... Untuk Jiya tq yer!

No comments:

Post a Comment