Tuesday, July 6, 2010

Dia merajuk lagi... nak pujuk ke cari je pengganti?

Uols kalau sidia merajuk buat apa yer? Uols gunakan segala skill untuk pujuk sidia ke, buat dah je atau uols cari je pengganti? Ni la masalah yang melanda Mummy sekarang ni? Sidia dah merajuk lagi. Dulu dah merajuk Mummy pujuk2 sikit, Sabtu lepas dia merajuk lagi. Kali ni memang sidia merajuk betul, buat tak layan je kat Mummy. Tak apa merajuk la, nanti Mummy buat tak layan kat dia nak cari yang lain baru tau. Baru tau langit tinggi rendah...
Bagi choc banyak2 hilang merajuk tak?

Atau bagi teddy bear ngan ballon? Cam budak2 la pulak
Nak jimat bagi mug je lah....

Tapi dalam kes Mummy ni hadiah2 kat atas semua tu tak jalan. Sebab yang merajuk bukannya seseorang tapi se'sebiji' @ se'sebuah'...alah kan last Saturday 'mini couper' Mummy buat hal. Tak boleh nak start. Bateri kong la tu. So petang tadi Daddy bawak gi workshop. Tapikan uols bukan setakat bateri kong (memang dah patut kong pun dah setahun lebih rasanya)...sob sob sob ... tapi radiator (tak tau pun rupa bentuk radiator camana) bocor gak. Patutlah hari tu kereta Mummy overheat sebab air dan coolent tu menitik jatuh so smapai air kering la.... so petang tadi baru sempat tukar bateri dan service basic2 dulu. Lagi pun Daddy hantar dah nak senja. So pagi esok dia betulkan radiator tu pulak... oh 'vivaku' kena kau merajuk teruk sangat. Merajuk sikit2 dah la...

'Mini couper' selepas incident cium mencium 4 Feb 2009. Agaknya accident ni yang menyebabkan radiator tu bocor kut...

Sekadar gambar hiasan yer...








7 comments:

  1. ada satu mitos ke atau entah kebetulan, kwn2 I ni diorg percaya....jika kita selalu cakap nak beli kereta baru, kereta yg sedia ada akan merajuk dan buat hal... mcm tak logik je kan..kereta bukannya mcm kucing, boleh mendengar.. hmmm..tp tak tau la pulak kan...klu itu adalah tip2 supaya kereta kita tak merajuk.

    ReplyDelete
  2. Betui kot ape MM cakap tuh... selalu berlaku terhadap diriku...

    ReplyDelete
  3. mama pun nak berkata2 macam tu lah....hehhehe...

    ReplyDelete
  4. Gee, apa kata ko beli camry tu, cantik la , kaler pun sweet, padan kalau ko yang drive. aku tumpang tengok aja la

    ReplyDelete
  5. Ayien & MMiraki : Ikut style Yin Wong Kulai la ... cakap ulang2 nak beli keta tetiba wish ada depan rumah dia tu... haha

    Anonymous - Cantik dimata tapi tak cantik di poket.... hahahah....

    ReplyDelete
  6. apa la ertinya duit...tapi tu lea kita tak bererti tanpa duit...redho jea ngan kembara akak yang tahan lasak tu...hihi...

    ReplyDelete
  7. duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit....hehehhe

    ReplyDelete