Tuesday, July 20, 2010

Di manakah nilai cintamu?

Antara lagu2 Allahyarham Sudirman yang Mummy suka layan selain dari Pelangi Petang (m favourite song tu...). Lagu ni tak de kaitan pun ngan n3 merapu lunch hour ni

Hari ni Mummy skip lunch. Niat nak berpuasa tapi pagi2 tadi masuk dapor terus minum...hehhe. Mata memang ngantuk tapi mana boleh layan2 mata sekarang ni, takut bil abangun tidor nanti mata merah menyala je heheh...

Apa nak bebelkan ek. Kita cerita pasal duit nak tak? Amboi3..masing2 dengan jer duit terbukak je biji mata. Best gak cerita2 duit ni lagipun kan tak lama lagi nak puasa dan lepas tu raya, emm time raya kan ke banyak nak guna duit. Nak beli baju baru la, tukar langsir, tukar perabut rumah, buat or beli kuih raya dan jangan lupa DUIT RAYA untuk anak2, emak bapak, anak2 saudara, adik beradik, ipar duai dan sepupu sepapat.

Dulu2 tak ada kan tradisi bagi duit raya ni. Mesti kita dah terikut2 bagi angpau cam masa Chinese New Year. Mummy rasa start sekolah rendah Mummy dah dapat duit raya. Tapi masa tu dapat 20 sen kut. Rasa cam dah besar sangat je. La ni kan rasanya minimum orang bagi duit raya RM1 or RM2, itupun selalunya bagi kat 'budak2 Assalammualaikum' (budak2 yg dtg rumah nak collect duit raa je...kekadang tak nak masuk rumah...). Kalau kat anak2 dan anak2 saudara sure lain nilai yang dibagi kan...so korang dah fikir2 ke duit raya tahun nak bagi warna apa dan berapa keping???

 
Rasanya dalam tempoh setahun dua ni nilai RM50 sama dengan nilai RM1 sekarang...

Ni voucher  iSet*n RM200... tengah pening ni apa yang boleh dibeli dengan RM200. Kalau kat pasaraya Gergasi, Ekon-sip, K4 atau JJ banyak gak barang dapor boleh beli, tapi ni kat iSetan... Daddy bagi voucher ni awal tahun ntah mana golf tournment yang dia masuk tu dapatlah barangan elektrik ngan voucher ni ... nasib baik expiry date April 2011... emmm mungkin dapat sehelai blouse atau emmmmm ok2 Mummy nak beli lipstik ngan eyeliner...(untuk raya tu)... 

No comments:

Post a Comment