Monday, July 19, 2010

Potong lagi...

Petang semalam kan, dalam gerimis2 Mummy sempat gi cuci2 dan potong rambut. Rambut Mummy tak de la panjang mana pun, sebelum ni memang panjang tapi bulan 4 hari tu Mummy potong paras bahu. Pas tu semalam Mummy bagi potong lagi pendek atas dari bahu, senang rambut pendek ringan sikit kepala.

Mummy potong2 ala2 mode ni la...' Bob Style'... tapi kan Mummy rasa bila dah siap potong, Mummy lagi comel dari model kat atas tu...hahahaha

Tapi kan Dania kata ambut baru Mummy macam rambut si Dora Explorer tu.. bertuah punye anak. Bila Dania kata cam tu Mummy buat2 muka sedih la. Pas tu si Daniel pun kata 'cantiklah rambut baru Mummy ni, mana ada macam rambut Dora ... mummy nampak lagi muda'. Itulah Daniel dia ni tak boleh tengok Mummy sedih2 .... heheh...

Kalau kat PS potong rambut sikit cam tu baru RM3.50 dan mungkin kalau campur cuci pun baru RM10 jer kut. Tapi rasa lama lagi la pulak nak balik kampung so potong je la. Terpaksalah bayar ikut harga KL... cam rugi pulak ek!!!

5 comments:

  1. Eh...."cat" baru!!!

    ha'a......kalau kita ni "mempergunakan" kelebihan kita sbg org yg masih ada kg halaman, mmg betul2 jimat! Kat JB ni, potong rambut biasa2 je pun dah RM30 lebih... beza RM25 dgn harga salon rambut di Kashmirku tu....duit RM25 tu dah boleh beli sehelai tudung kain lyrca yg simple.

    ReplyDelete
  2. Mummy Gee,
    Yang pentingnya SIDIA suka dengan potongan rambut terbaru itu.

    Ahli koperat mestilah gunting kat KL.....!

    ReplyDelete
  3. tiga hinggit? murahnyerrr.. uhuhu

    ReplyDelete
  4. MMirror - Ini 'cat' sementara je ... menyampah tengok ada gangguan kat blog sebelum ni...nantilah dekat2 nak raya cat comel2 sikit rumah ni... betul tu MMirror, cuci ngan potong sikit Mummy kena RM30

    MSom - Ahli Koperat hahaha... jangan ahli keparat dah le...

    En Me - Eh En Me itewww dtg melawat.... betul En Me klu nak potong rambut murah pegi la ke pekan Parit Sulong. Klu balik kg mmg dari bibik ke ipar duai dan anak2 buah semua potong rambut kat situ.

    ReplyDelete
  5. En Me itewwww dia suka pindah rumah, blogger nomad tewww, tapi peminat dia setia betul, pindah mana pun orang ikut Mummy Gee!

    ReplyDelete