Friday, July 9, 2010

Jalan2 Cari Makan - Edisi Pra-raya

Siri jelajah Jalan2 Cari Makan Mummy diteruskan lagi. Kalau kelmarin edisi seafood hari ni edisi pra-raya pulak ye... apa yang paling sinonim ngan raya? Selain dari baju ngan kuih raya, mestilah menu hidangan pagi raya.

Dua hari lepas dah calling2 kakak Mummy kat Gombak, si Datin S, Mummy ngan MMiraki nak lunch kat rumah dia hari Jumaat ni. Selain dari tu tujuan utama nak hantar kain baju raya yang Mummy beli minggu lepas. Mummy siap bagi menu cadangan lagi kat Datin S...hehhehe. Tapi tu la kita cuma merancangkan.. tetiba MMiraki demam sejak semalam so dia tak dapatlah nak join gi rumah Datin S hari ni.

Kul 12.00pm Mummy dah chow tapi masa nak bertolak tu baru perasan Mummy lupa bawak kain yang nak dihantar tu. Alamak...spoil betul la. So terpaksa la balik rmah dulu ambik kain. Dah sampai rumah sibuk pulak si Dania nak mengikut. So Mummy angkut je la dia sekali gi rumah Datin S. Kul 1.15 baru sampai. Sampai memang perut tengah lapar le... pagi tadi breakfast nes-o ngan roti bakar sekeping je...

Sebelum makan2 kena snap2 dulu la...Kali ni Datin S kena tolong amik gambar la sebab MMiraki tak dtg.

 
Ni la cucu Mummy si Aysya Maisara @ Echah....orang suruh senyum dia tunjuk gigi la pulak

Jom layan menu raya.. kalau asa yang ngences, apa lagi buatlah esok kan cuti. Tapi klu yang duduk kat JB tu tak yah susah2 nak buat lah, sebab kat sana banyak orang jual. Kat Pasar Larkin tu ada orang jual nasi himpit bentuk silinder balut daun pisang kan....

 
Nasi himpit ngan kuah kacang. Datin S buat kuah kacang banyak cam nak raya je. Satu periuk besar.

 
Nadi himpit mesti ada sayur lodeh ngan rendang ayam...

Tengok sedap kan... jom sila2...

 
Makan la ...

Perut dah kenyang dan balik cam biasa mesti ada stock bekalan @ berkat. Wow makan menu raya lagi malam ni!

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Mummy!!! Hehehe.. OO itu cucu Mummy? Pandai dia bergaya..ceria budaknya mcm nendanya.

    ReplyDelete
  2. rasa smbl kcg dia org tak leh menandigi smbl kcng aku kan.sbb tu klu raya kt kg aku mmng ambil tender wat smbl kcng kan

    ReplyDelete
  3. Ala aku tengok menu2 tu dlm blog aja la......ngences2 pun perati ajala....

    ReplyDelete
  4. Gee..minggu depan kita nak dera kak nor masak apa pulak erk...Mee bandung, nasi ambeng, ayam ungkep,nasi carrot..cepat gee...filir menu apa...hehehhe

    ReplyDelete
  5. MMirror - tu cucu Mummy yang ke-2. Cucu sulong dah 6th

    mek - Sebenarnya kita org malas nak masak, tu yg cakap sambal kacang kau sedap ...

    MMiraki - nxt week kita suruh Datin S masak ikan sambal mentah, urap pedas2 ngan 'ayam kicap versi emak'

    ReplyDelete