Showing posts with label pra-raya. Show all posts
Showing posts with label pra-raya. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

Makan-makan : Versi Pra-raya

Salam uols. Semoga semua sihat2 je ye. Kalau ada yang tak sihat tu pandai2lah jumpa doktor ke bomoh ke. Jangan biarkan je cam tu nanti melarat. Lagi seminggu je kita nak posa, klu tak sihat nanti ada yang tak posa pulak...

Lama dah tak anyam ketupat ... 'buat ketupat' tu kerap gak.. heheh...korang tau ke 'buat ketupat' tu apa? ..

Hari ni Mummy bawak makan2 sikti kat opis, saja jamu officemate. Menu raya la, nasi himpit, rendang ayam, sambal kacang ngan sayur lodeh. Pas tu Mummy buat mee bandung. Nampak sangat Mummy ni tak sabar nak raya kan...hahha...mengalahkan budak kecik. Tang mee bandung tu kan, sebenarnya masa makan kat muar last weekend cam rasa tak puas je, ye la ciput je dia letak mee tu kat pinggan... we all la customer terakhir sebab semua dah habis.

Semua dah siap masuk dalam bekas, sedia untuk di bawak ke opis. Berguna gak bekas2 tupperware yang mummy beli...

Dah siap susun ni, apa lagi uols...makan la...jangan malu2... siap bawak ricecooker tu nak panaskan kuah mee bandung...


Mee Bandung 'Muo' dan aksesori. Ni betul2 mee bandung tau bukan, 'mee sos' yang selalu Mummy jumpa kalau makan kat KL ni. Mee bandung ni kurang satu bahan je...tauhu. Petang semalam Mummy dah beli tauhu tapi bagi ni rasa dah masam la pulak. Before gi opis Mummy singgah dulu kedai runcit nak beli tauhu taip sayur2 dan ikan2 belum sampai la pulak..so mee bandung ni tak de tauhu la.. apa2 hal pun rasa tetap mantap! Hehehe ... tekan lif naik sendiri la..

Nasi himpit & aksesori... tapi kek tu tak masuk aksesori dia yer. Eh mana rendang ayam Mummy ni...heheh...lupa la nak snap2...

Jemputlah ...

8.30am makan mee bandung
10.30 am makan nasi himpit....  makan tak berhenti, pas tu perasan nak pakai baju saiz M masa raya...hahaha...kucing pun gelak sakan tau!

Pics behind d scene

Nasi himpit sedang disauna...kesian nasi himpit ni terpaksa berhimpit2 dalam ... tapi nak kesian apa ek dah nama dia pun nasi himpit memang patut pun berhimpit2! hahaha

Apasal rendang Mummy ni warna cam masak kari jer hah? Ohhh ini belum letak kerisik lagi la... lepas letak kerisik baru la ada rupa bentuk rendang

Friday, July 9, 2010

Jalan2 Cari Makan - Edisi Pra-raya

Siri jelajah Jalan2 Cari Makan Mummy diteruskan lagi. Kalau kelmarin edisi seafood hari ni edisi pra-raya pulak ye... apa yang paling sinonim ngan raya? Selain dari baju ngan kuih raya, mestilah menu hidangan pagi raya.

Dua hari lepas dah calling2 kakak Mummy kat Gombak, si Datin S, Mummy ngan MMiraki nak lunch kat rumah dia hari Jumaat ni. Selain dari tu tujuan utama nak hantar kain baju raya yang Mummy beli minggu lepas. Mummy siap bagi menu cadangan lagi kat Datin S...hehhehe. Tapi tu la kita cuma merancangkan.. tetiba MMiraki demam sejak semalam so dia tak dapatlah nak join gi rumah Datin S hari ni.

Kul 12.00pm Mummy dah chow tapi masa nak bertolak tu baru perasan Mummy lupa bawak kain yang nak dihantar tu. Alamak...spoil betul la. So terpaksa la balik rmah dulu ambik kain. Dah sampai rumah sibuk pulak si Dania nak mengikut. So Mummy angkut je la dia sekali gi rumah Datin S. Kul 1.15 baru sampai. Sampai memang perut tengah lapar le... pagi tadi breakfast nes-o ngan roti bakar sekeping je...

Sebelum makan2 kena snap2 dulu la...Kali ni Datin S kena tolong amik gambar la sebab MMiraki tak dtg.

 
Ni la cucu Mummy si Aysya Maisara @ Echah....orang suruh senyum dia tunjuk gigi la pulak

Jom layan menu raya.. kalau asa yang ngences, apa lagi buatlah esok kan cuti. Tapi klu yang duduk kat JB tu tak yah susah2 nak buat lah, sebab kat sana banyak orang jual. Kat Pasar Larkin tu ada orang jual nasi himpit bentuk silinder balut daun pisang kan....

 
Nasi himpit ngan kuah kacang. Datin S buat kuah kacang banyak cam nak raya je. Satu periuk besar.

 
Nadi himpit mesti ada sayur lodeh ngan rendang ayam...

Tengok sedap kan... jom sila2...

 
Makan la ...

Perut dah kenyang dan balik cam biasa mesti ada stock bekalan @ berkat. Wow makan menu raya lagi malam ni!