Thursday, July 1, 2010

Potong lagi...

Ini iklan potong-potong

Ini aiskrim potong

Ini orang potong ayam

Ini orang potong lembu...alamak rasa loya la pulak tengok darah merah  menyala tu...

Gambar2 kat atas tu sekadar jamuan dipagi hari ye. Tak berkaitan langsung ngan n3 yang Mummy nak buat ni...heheh. Tapi bab potong2 gak la. Ni kisah anak bujang Mummy si Dafiy la. Rambut dia ni nak panjang ya amat. Kalau pompuan kan dah boleh Mummy ikat toncit rambut dia. So petang semalam Mummy bawak dia gi ke kedai gunting sekali lagi. Last week masa guntingkan rambut si Daniel ngan Danish Mummy bawak dia gak tapi menjerit2 si Dafiy tak nak gunting rambut. Jom layan aksi2 dia....

Menangis2 tak nak duduk kat kerusi. So bibik kena dokong dia sementara pakcik tu gunting rambut dia. Jangan terpotong telinga sudah le

Masa ni dah cool down sikit

Masa dah nak siap baru dia berhenti menangis.

Ni muka selepas siap dipotong dan sementara tunggu Daniel & Danish balik sekolah

Ni gambar Dafiy yang Mummy ambik pagi tadi sebelum gI kerja. Ha kan hensem anak Mummy bila rambut pendek

Sekarang ni bangun bagi dan turun bawah terus je Dafiy on notebook. Nak suruh mandi pun dah pandai tangguh2...kejap..kejap. Mummy nak pergi kerja pun dia dah tak kisah. Selalu tu nampak Mummy pakai tudung je dia dah menjerit nak ikut dan pusing2 naik kereta dulu. Sekarang ni layan Ultraman Cosmos kat youtube je... bibik pun terpaksa Mummy ajar camana nak pegang mouse senang nak navigate kat youtube tu... tengok lah keyboard notebook tu, 5-6 huruF dah terkopek...Dafiy punye kerja la...

8 comments:

  1. Kau ni biar betul,apa yh potong tu...........ayat trgantung,ni mesti SPM BM cuma dpt credit je, x dpt distinction....betul x?...

    ReplyDelete
  2. Laaa aku ingatkan ko dah nak buat majlis potong2... [ potong tu le]. rupanya cuma potong rambut aja...

    ReplyDelete
  3. Anonymous 12:58 PM - Majlis potong2 tu tunggu hujung tahun kut, itupun klu si Daniel & Danish dah berani.

    ReplyDelete
  4. gee...lain kali bawak dafiy potong kat saloon ler...baru dia tak takut...amoi yang potong...ini mamak yang potong...memang ler dia takut

    ajar bibik pegang mouse...sat lagi bibik pun on9 facebook tu..heheheh

    ReplyDelete
  5. MMiraki... emmm ya kot Dafiy boring potong kat rambut kat kedai mamak...heheh... nxt month try kat saloon pulak...heheh...dapt tak RM5 potong rambut kat saloon... alamak dah nak raya ni nak g rebonding la....

    ReplyDelete
  6. bibik U tu seksi la baju..ngeri akak tengok, kutnya dafiy tarik baju bibik..atau mamak tu tergunting baju bibik....

    ReplyDelete
  7. Aku nak tanam rambutle... belakang dah boootak.

    ReplyDelete
  8. Bahreyn - Nak tanam rambut pergi la ke Y* N*m ... tengok bil nanti ngko bakal jatuh terjunam...

    ReplyDelete