Wednesday, July 14, 2010

Bangau oh bangau....

* sila menyanyi dan bukan baca tau...*

Bangau oh bangau kenapa leherku sakit
macamana leher tak sakit, tidur salah bantal

bangau oh bangau kenapa tekakku sakit
macamana tekak tak sakit makan keladi sarawak....

Dah cukup2 tu... sekarang ni baca pulak tak payah nyanyi, sumbang mambang betul suara uols, mau hujan ribut petang ni. Ni la masalah Mummy, Mummy dapat penyakit 'paling' sakit. Apa penyakit yang paling sakit kat dunia ni? Bukan sakit jantung dan bukan cancer. Sakit yang paling sakit adalah sakit leher. Ya la selain leher apa lagi yang kita boleh palingkan...muka? Eh kalau nak palingkan muka, kita kena palingkan leher gak tau...hha cuba palingkan muka tanpa palingkan leher .. boleh ke...hahaha....masing2 dah jadi cam robot....
Ok ok... apa lah Mummy melalut2 ni, ni Mummy tengah sakit leher sangat ni, orang kata 'salah bantal' (orang kata ye bukan Mumm yang kata). Tak pasal2 bantal menjadi mangsa kan. Tapi ye kut sebab malam tadi lepas hantar Daniel & Danish tution Mummy tertidur kat sofa sampai daddy balik kul 9 lebih. Bangun2 sakit betul nak pusingkan leher. Dan pagi tadi bila bangun lagi sakit leher ni.

Kalau ikut petua nenek, moyang, cucu, cicit pula, nak² kalau yang duduk dekat kampung, dorang suruh jemur bantal yang kita guna kan tu. Alamak lupa la nak buat pagi tadi. Nanti ada pulak yang fikir ada orang kencing malam kena kat bantal tu yang bantal berjemur pagi2 kat luar ... hahaha. Tapikan pagi tadi bibik terpaksa jemur kusyen sofa 2 seaters tu sebab anak dara Mummy 'ngompol'... ni kes lupa nak pakaikan diaper. Dah malam tadi dia menemankan Daddy buat slide presentation ntah sampai pukul berapa, last dia tertidur kat sofa tu sampai pagi... hehehe...mak aii Mummy dah melalut lagi...

Sampai opis tadi Mummy sempat la tanya kat Abg Google cara lain nak hilangkan sakit leher ni. Nak kita kongsi sama2 yer..

1-Baca Bismillah….
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih. Source: intro2u.net


Kita sakit leher ni bukan sebab salah bantal tau, kesian bantal tu tapi ni ha antara sebab musababnye:
  1. Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan. (Mummy rasa ni punya Mummy sakit leher sebab nak siapkan demo presentation Isnin lepas....)
  2. Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.
  3. Kedudukan tidur yang salah (bukan bantal yang salah tau....)
  4. Kurang amalkan senaman. (turun naik tangga rumah dan opis kira bersenam la, selain tu terjerit2 kat anak2 pun senaman untuk suara gak kannnn)
  5. Elakkan tidur di atas tilam yang lembut. (tidur kat lantai je la macam ni....)
Selain sakit leherkan, Mummy pun sakit tekak juga. Tak de pun Mummy melantak rambutan ke durian sehari dua ni. Tapi yang pasti dua hari berturut2 sarapan keladi sarawak rebus. Tak kan itu punca nye pulak!!!

1 comment:

  1. baru mlm tadi, IRP pesan suruh tido je atas lantai utk kurangkan sakit badan..rupa2nya ada fakta utk ni ya Mummy? ooh siksanya tido atas lantai.. dah termanja gitu.

    ReplyDelete