Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Nasi lemak buah bidara

Breakfast dipagi minggu...nasi lemak buah bidara!!!


Nasi lemak sambal udang... harga gerai tepi jalan RM3.00, harga kedai mamak RM5 & harga kat hotel 5* RM29.90.... harga kat rumah?


Nasi lemak dan aksesori pagi ni

Biasalah nasi lemak mesti ada sambal, tak kisah la sambal ikan bilis ke sambal udang or sambal sotong kering.

Ini kes tak de stock kacang tanah so Mummy ganti je ngan kacang kuda....hahahha. Boleh la ya

Ni pun kira aksesori wajib samada direbus or digoreng

Sunday, April 3, 2011

Menu pagi minggu

Assalammualaikum semua... selamat berhari minggu. Dah breakfas ke belum? Makan apa pagi ni? Ha! Belum bangun tidor lagi... tak baik uols bangun lewat, rezeki menjauh tau... Jom layan apa menu Mummy pagi ni.

Mee goreng basah... sedap makan panas2...

Ubi samin malatops....mewah sungguh ngan ikan bilis...

Roti canai tampal telor untuk Danish

Kek semalam ada lagi so hidangkan juga pagi ni

Tengahari ni Mummy gantung periuk belanga, jiran selorong Mummy buat kenduri kahwin.

Saturday, April 2, 2011

Jom g pasar...

Hari minggu datang lagi, as usual xtvt hari ni seawal 7am Mummy dah sampai ke Pasar Kajang, cari stock lauk pauk la..camana harga barang2 hari ni? Cam biasalah ada yang naik harga ada yang turun harga sikit, overall ikan2 memang harga melambung la. Apa yang Mummy beli? Oh ya bawang merah dah murah sekarang ni RM3/kg... dan bawang id pun cantik2 bulat kecik dan kering, tak de la bawang dia aiz besar bagak pas tu basah pulak...

Senangin 1kg RM20, beli seekor je cukup untuk sekali masak kari. Tenggiri kalau kita ambik isi RM28 tapi kalau beli seekor RM22, Mummy amik seekor 2.3kg... cukup untuk dua minggu ni

Ikan kembung RM16/kg. Sangat2 mahal... minggu sebelumnya cuma RM12/kg. Ikan kerisi RM12

Ikan sardin RM9/kg. Daging batang pinang RM22.

Udang ngan sotong maintain RM18/kg

Ayam minggu ni dah turun ke RM7.20/kg...sebelum tu RM8.40. Ketam cam biasa RM20/kg

Pisang tanduk RM6/kg... sebiji Mummy beli tu RM3.70... dulu2 zaman abah tanam pisang ni sekilo ntah berapa sen je kan. Tempe 2 keping besar RM1.50. Petai 3 papan RM3

Menu tengahari tadi cuma ketam masak kari, goreng ikan sardin dan sambal goreng tauhu tempe. Tengahari Mummy makan sorang2 sebab Daddy ada gotong royong dan makan minum disediakan

 
Menu untuk minum petang pisang tanduk goreng dan carrot walnut cake... teh-o kurang manis... memang sodappppp. Pinggan kekwa hitam ni cantik tak?Heheee. Carrot cake tu Mummy tak letak topping pun... ke ni manis2 buah je sebab Mummy kurangkan gula.

Saturday, February 19, 2011

BZ ke?

Pagi ni dah lewat nak gi pasar (kul 7am pada Mummy lewatlah), so tukar haluan pegi ke Tesco je. Beli barang2 dapor dan sayur sikitt, ikan ayam x beli pun, biaslah Mummy tak suka beli ikan2 kat pasaraya ni, Mummy suka beli kat pasar. Mummy gi pasar ngan Dania je, Daddy ada gotong royong kat kawasan perumahan.

Lepas masak dan makan zzzzzzzzz.... lepas zohor gi saloon cuci dan potong rambut pulak. Pas tu pegi pulak cari baju hujan untuk anak2, la ni musim hujan kesian nanti kalau dia orang balik sekolah waktu hujan kebasahan pulak...

Kalau Mama Miraki buat lepat labu hari ni, Mummy pulak buat talam labu .... in the end kita orang bulat2 cam labu gak ...

Baju merah ni Danny pakai selang sehari ... bila bibik basuh je dia x pakai ... Baju tu kawan dia bagi masa bday..

Tuesday, January 11, 2011

Umbut kelapa vs mangga kampung

N3 tertunggak lagi...

Last Sunday, Mummy pergi ke Pasar Tani di PKNS. Mummy tak pegi Pasar Kajang hari ni sebab stock ikan2 dan lauk pauk lain banyak lagi, cuma sayur je yang tak ada. Sesekali je Mummy pergi pasar tani kat PKNS tu, selain dari tak ramai orang yang berjualan, harga barang2 yang dijual pun agak  mahal.

Mummy pergi dah agak lewat, almost 9am (pada Mummy 9am tu consider dah lambat la, sebab Mummy selalu pegi pasar 6.45am), ada 3 peniaga sayur tapi seorang dah kemas2 nak tutup kedai. Tu dia punye laku... walau harga mahal sikit,

Tengah tinjau2 kat gerai jual sayur, Mummy ternampaklah umbut kelapa yang tinggal dua bahagian je.. Mummy pun apa lagi terus ambik sebatang le... ngam2 sekilo. Harga RM9... logik juga dia jual mahal, pokok kelapa kalau dah ditebang mana nak dapat hasil lagi... Mummy cadang nak masak gulai kari campur dengan tulang2 ayam, tapi tu lah bila yer nak masak. Sayur umbu tni sedap makan waktu tengaharim klau malam tu kureng sikit l.

Selain dari umbut kelapa, kat gerai ni gak ada jual mangga kampung. Wow, Mummy memang peminat mngga kampung tegar.... Buah mangga ni besar2 dan dah mengkal. Kalau yang muda tu makan cicah kicap ngan gulaa....walaaaaaaaaaaa

Kita test dulu camana rasa mangga ni

Memang terbaekkkkkkk la mangga kampung ni.Inilah erti mangga sebenar...rasa masam2 manis. Tak busuk pulak tu, tengok tu biji mangga ni yang dah jadi mangsa gigitan Mummy. Mummy tak berapa suka mangga2 kacukan sekarng yang kebanykannya cuma ada rasa manis jer, kekadang tu rasa cam makan betik je.

Friday, January 7, 2011

Weekend oh weekend

yeyeye dah hari Jumaat. Untuk orang2 yang stress menempuh jam tiap pagi dan petang dalam minggu ni mungkin boleh tarik nafas lega sikit... sebab dapat off 2 hari. So cuti dua hari ni bolehlah urut2 sikit kaki yang cramp tu (kes kalau keta manual la....). Tapi walau pun cuti banyak gak xtvt Mummy nak buat kan...


Malam ni ada xtvt makan2 kat Steamboat Antarabangsa untuk staff & family. Jamuan untuk staff yang berhenti, kira farewell party la. Biasalah opis Mummy ni klu xtvt makan2 untuk staff sure boleh bawak spouse dan anak2... bibik pun bawak gak ... hahaah

Sabtu pagi ada xtvt gotong royong kat D7. Lepas zohor Mummy ada hi-tea kat Holiday Villa Subang Jaya, reunion ngan gang2 UTM dulu. Pegi ngan Daddy je, anak2 tinggal rumah. Excited nak jumpa kawan2 lama ni... yang pasti masing2 memang dah banyak berubah... heheh. Balik dari hi-tea nak singgah ke Flea Market a.k.a carboot sales kat MAEPS Mardi... dengarnya banyak barang2 menarik kat situHari Ahad pulak cousin Mummy buat kenduri kahwin untuk anak dia kat Puchong Perdana... bolehlah jumpa sepupu2, makcik2 dan suku sakat Mummy nanti.



Emmm nama je cuti kan tapi xtvt dan itinerary dah siap ni.... hehhe. Oklah tunggu N3 untuk semua xtvt Mummy tu yer...

Sunday, August 8, 2010

Masak sempoi...

Balik dari Tesco dah almost 1.00pm. Hajat hati nak singgah lunch dulu pun tak jadi. Badan dah penat kepala pun tetiba rasa berdenyut so rasa sampai rumak nak terus zzzz je. Lepas turun2kan barang rasa lapar la pulak. So bibik susun2 barang yang dibeli dan Mummy krung krang kejap kat dapor. Menu sempoi ditahap maksima. 'Sup bodoh' dan goreng tauhu tempe. Stock sambal kicap memang dah ada dalam peti sejuk.

Sup bodoh ni makan panas2 memang sedap. Masukkan nasi sikit dan jangan lupa sambal kicap. Sup ni Mummy guna kiub ikan bilis, tauhu lembik, tauhu kering, soo on dan sawit. Jangan lupa daun sup ngan daun bawang.

Pasangan teman tpai mesra ni mana boleh tinggal...

Oklah Mummy dah sudah makan, nak solat kejap dan nak zzzzzzzzz penat la dua hari bersenam je. Ni budak2 dah merenggek suruh betulkan basikan yang dah bocor la pulak...

Monday, July 26, 2010

Sesekali ...

Sesekali ku rasa teringin
Melewati Hatimu Yang Dingin
Mendengar Keluh Resah
Semenjak Kau Kehilanganku
Tiap Kali ku Cuba Hampiri ..... sambung la sendiri



ni n3 kategori terlambat gak le... last weekend sabtu dan ahad Mummy ada kelas choc, so cam malas nak rushing gi pasar la pulak. So Mummy suruh daddy gi pasar le, lagi pun dia tak gi menebas pagi1 tu. Lega bila daddy bagi green light. Actually jarang daddy pegi pasar sorang2. Rasanya masa Mummy bersalin je kut dia pegi pasar2 sorang2. Yang lain kalau pegi mesti Mummy pegi sama. Nak senangkan Daddy, Mummy dah siap tulis apa yang nak dibeli, kedai yang mana nak pegi dsb... heheh...nanti kalau setakat pesan cam tu je sure dia tak ingat...dan ntah apa2 yang dibelinya
- ayam dua ekor - buang kulit potong kecil
- ikan tenggiri - 5 potong
- ikan parang - 1 ekor saiz sedang
- ikan kembung - 1 kg
- ikan sardin - 1kg
- ikan kucing - 1/2 kg
- udang - 1 kg
- sotong - 1 kg
- dll


Mummy pesan kat daddy bagi je kertas tu kat tokey ikan kalau dia malas nak pilih2...MINTAK ORANG TU SIANG SEMUA... ntah berapa kali Mummy remind daddy...ehhehehe.... senang balik nnt tinggal cuci je


Tapi masalahnya lepas mandi dan breakfast sempat lagi dia manin PS2 ngan anak2..mak aiii kul berapa nak gi pasar ni. Kalau Mummy yang pegi 6.45am dah sampai pasar dan 8.30 am dah sampai rumah.... Lastnya almost 10.30am baru daddy gi pasar dgn Daniel & Dania...


Sejam lepas tu dah sampai rumah dari pasar.... heheh... tengok la apa yang dibelinya....ikan2 dan sayur2 memang seperti apa yang Mummy tulis cuma ada tambahan daddy beli santan kelapa dan ikan keli favourite dia dan buah2an..

Segala jenis ikan2...

Semua dah bersiang tinggal cuci je...ikan kucing pun oran gtu tolong siang sekali...tak aci betul kalau Mummy yang pegi ikan kecik2 dia tak nak tolong siang pun...emmm lain kali suruh daddy pegi pasar je la...

Tauhu terpenyek RM2 dan 1/2kg tauge

Memang sebiji sama ngan apa yg Mummy tulis kat papar...4 biji tomato dan 4 btg carrot...tak lebih dan tak kurang...carrot tu dah selamat pun dibuat kek... tinggal seketul je tinggal...

 
Melon yang selalu nampak tapi Mummy tak pernah beli... sedap gak ... rasa dia ala2 honey dew tapi dia lagi crunchy...

Sebiji tembikai yang sangat besar...

tapi ada satu barang yang dia beli yang mengejutkan Mummy... apa dia? rantai emas? diamond ring...(ohhh habibbbbbb jewel)... salah tu...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

 
Taraaaaaaaaaaaaaa.....3 papan telor ayam saiz A++++.....= 90 biji tu...cam nak rebus buat kenduri kecik je...heheh... menu telor je la sepanjang bulan puasa ni.... emmm don't worry dalam masa 3 minggu dipercayai telor2 akan selamat masuk ke dalam perut, dan kalau ada xtvt baking-membaking mungkin 2 minggu je telor tu dah 'selamat'....

Monday, July 19, 2010

Wedding & Bday Party

Weekeng yang busy, so hilanglah keboringan sebab Daddy tak ada kat rumah. Sabtu gi program office. Hari Ahad ada wedding dan bday party pulak. So tengahari memang Mummy gantung periuk le. Walau gantung periuk pun kena gi kedai gak beli barang2 basah untuk keperluan  mingguan.

Kul 12.30pm Mummy gi wedding kat Serdang. Anak Kakak cleaner yang dulu kerja kat opis Mummy. Rumah dia pun tak jauh dari office Mummy. Menu kawhin biasa la, ada nasi minyak, ayam masak merah, daging kicap, asam pedas daging, menu kampung pun ada sambal belacan dan ulaman, ikan masin, pucuk ubi...

Baik Along, tolong Dania cubit ayam kan.... Daniel makan sampai tambah 2x... jenuh la menunggu dia nak siap. Dia kata malam tak nak makan sebab dah kenyang.

Snap2 sementara tunggu Daniel siap makan....

Dafiy jelirkan lidah lepas kena marah sebab tumpahkan air...

Tumpang posing kat pelamin... theme color hitam putih!

Pelamin penuh dengan fresh flower...

Kat pintu gerbang.... red carpet tu!!!

Nak balik dah... si Dafiy dah terlelap2...

Balik dari wedding singgah rumah jiran Mummy pulak. Dia buat kenduri doa selamat dan bday untuk anak2 dia. Daniel dan Danish tak nak pegi sebab dah kekenyangan. So dia orang terus main kat taman.

Dania & Dafiy dan one of the birthday girl Nabiha

Pantang jumpa belon...buatlah cam rumah sendiri ye...

Berangan le ni birthday dia...

Happy birthda to youuuuuuuuuuuuuu

Untuk Nabiha, Natasya, Aqeel & Arfan semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Seronok bila ada jiran tetanga buat jamuan sebab masa nilah baru boleh jumpa jiran2 yang lain. Walaupun duduk satu kawasan yang sama nak jumpa dan bertegur sapa pun susah. Mostly semua kerja, balik dah penat terus berkurung kat rumah... semalam sempat gak gossip2 dan rancang2 ngan Kak Zie, Kak Sue ngan Datin we all nak buat persatuan kaum ibu.. hehhe... nak buat majlis ilmu, gathering atau berpoco2 ke ... tunggu la apa jadi ngan rancangan ni...