Sunday, August 8, 2010

Masak sempoi...

Balik dari Tesco dah almost 1.00pm. Hajat hati nak singgah lunch dulu pun tak jadi. Badan dah penat kepala pun tetiba rasa berdenyut so rasa sampai rumak nak terus zzzz je. Lepas turun2kan barang rasa lapar la pulak. So bibik susun2 barang yang dibeli dan Mummy krung krang kejap kat dapor. Menu sempoi ditahap maksima. 'Sup bodoh' dan goreng tauhu tempe. Stock sambal kicap memang dah ada dalam peti sejuk.

Sup bodoh ni makan panas2 memang sedap. Masukkan nasi sikit dan jangan lupa sambal kicap. Sup ni Mummy guna kiub ikan bilis, tauhu lembik, tauhu kering, soo on dan sawit. Jangan lupa daun sup ngan daun bawang.

Pasangan teman tpai mesra ni mana boleh tinggal...

Oklah Mummy dah sudah makan, nak solat kejap dan nak zzzzzzzzz penat la dua hari bersenam je. Ni budak2 dah merenggek suruh betulkan basikan yang dah bocor la pulak...

No comments:

Post a Comment