Thursday, August 5, 2010

All From Kampung....

Morning2 semua...hari ni dah hari Khamis semula, kejap je kan masa berlalu. Minggu lepas cam ni Mummy tengah seronok sebab nak balik kampung. Seronok nye kalau dapat balik kampung lagi weekend ni. Mesti pasar kat pekan PS tu tersangatlah sesaknye. Almaklum nak sambut puasa masing2 berbelanja sakan.

Eh uols dah breakfast ke belum? Mummy kat rumah tadi dah minum tapi bila sampai opis bancuh air gak lagi. Oh pagi ni mummy bibik goreng cempedak. Mummy pagi2 dah main ngan choc sebab ada org order choc cake dua biji. Malam tadi Mummy dah buat cake tu, so pagi ni tinggal bancuh choc ganache untuk buat topping.

Cempedak yang digoreng ni bawak dari kampung. Mummy bawak dua biji. Kali ni dua2 masak cantik jer. Isninye tersangat tebal dan rasanya tersangatttttttttttttlah manisnye... makan cam tu jer pun sedap. Selain dari cempedak, emmm pinggan untuk isi cempedak tu pun Mummy bawak dari kampung gak.... hahahah. Cantik kan pinggan tu, pinggan dulu2 yang berusia puluhan tahun. Gara2 nak ambik pinggan tu tangan Mummy kena hurung ngan semut... pinggan2 lama tu jadi tempat lepak semut kat dalam almari. Zaman kecik2 kalau makan memang pakai pinggan bunga2 cam tu. Tetiba 'terjatuh cinta' kat pinggan2 antik ni... ni semua gara2 asyik terjah blog masak dan blok antik si Mat Gebu la. Selain dari pinggan kat atas tu ada lagi 3-4 design yang lain... kalau rajin nanti Mummy upload.


5 comments:

  1. Cempedak aku dah selamat diproses di dalam perut dan mungkin dah di deliver. Dapat sebiji kecik tapi masak cantik dan manisssssssssssss.

    ReplyDelete
  2. Habis la pinggan kat kampung, pas ni kalau balik kampung bawak pinggan msaing2 tau. tak pun guna pinggan pakai buang aja. tapi kan daripada jadi rumah semut elok gak ko amik gee....

    ReplyDelete
  3. Kak Kay - balik kg mmg we all guna pinggan pakai buang pun ngan pinggan melamin, mana ada zaman guna pinggan pusaka yang berat ni... pinggan kat atas tu sekarang ni org buat hiasan je... hehhehe

    ReplyDelete
  4. ha'a......dulu bila org guna pinggan ni org kata kuno... Skrg bahana Cik Mat Gebu.. kembali fofular plak ya....tak bleh jadik nih...nak tanya la dgn mak kot2 masih simpan lg pinggan tu .. bleh la rembat 2,3 bijik pun jadik la buat hiasan kat almari.

    ReplyDelete
  5. hahahah,,,,,mama pun ambik pinggan mangkuk ni....tak sempat nak pakai lagi ni...nanti kalau masak lauk2 kampung harus mama pakai pinggan mangkuk ni

    ReplyDelete