Tuesday, August 10, 2010

1 Ramadhan 1431

1 Ramadhan 1431 - Alhamdulillah dipanangkan umur dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ni. Tadi kat surau pun jemaah sampai melimpah ruah. Nasib baik kami datang awal so dapat solat kat ruangan dalam surau. Surau kat rumah Mummy ni buat solat tarawih 8 rakaat je dan solat witir. Pukul 10.30am dah selesai.

Mummy rasa kaum ibu dari siang tadi jenuh berfikir apa menu nak masak untuk hari pertama puasa ni. Mummy dah tanya anak2 dan masing kata nak makan nasi goreng kampung ngan ayam goreng je. Hihi..hari pertama posa dah makan nasi goreng. Ikut je la kehendak anak2. Daddy kalau nasi goreng memang favourite dia. So sebelum tidur tadi bibik dah tanak nasi, senanglah pagi esok terus goreng je.

Bulan puasa ni Mummy tidor kat bilik bawak je. Senang nak gerakkan anak2. Biasalah budak2 kita dah kejut dan dia dah bangun pun kadang2 sambung tidur balik (bapak budak pun lebih kurang cam tu gak...hehehe...sorry ye Daddy termengumpat la pulak...), so tak nak turun naik tangga punye pasal tidur je la kat bilik bawah.

Bulan posa ni masing2 keep stock makanankan. Betul tak? Ha jangan nak bohong, cuba tengok tu kat peti sejuk kat rumah masing2, penuh sendat ngan makanan. Tu tak tengok lagi dalam kabinet....

Mummy memang simpan stock makanan untuk emergency. Emergency apa? Perang ke darurat??? Ye la kut2 terlajak tidur dan 5.30am baru terbangun ke atau kita dah penat2 masak sahur anak2 nak makan benda lain pulak. Kan emergency namanye tu...hehehe

In case anak2 tak nak makan nasi, so bagi je makan cereal ngan susu masa sahur. Ala kira cam breakfast la. Susu youghut tu dah 'selamat' malam ni...Daniel & Danish perabis balik dari tarawih tadi

Me sedap goreng ni pun anak2 suka gak...

Bakar roti dan sapu ngan kaya , kadang2 jalan gak...

7kg milo, 3 kg biskut cream cracker, 2 bungkus besar maggi tomyam & 4 bungkus ketupat... mak aii Mummy ni posa ke atau nak mentedarah. Ke nak sorok barang takut bekalan kurang masa raya nanti...hiss uols ni tak baik tau tuduh Mummy cam tu.Barang2 dalam kotak dan plastik ni semua bibik punyela. Tu semua nak bawak balik Indon, camanalah nak digendongnye bila turun dari kapal nanti...

2 comments:

  1. oh bangganya suku sakat bibik dapat milo sepeket nanti

    ReplyDelete
  2. semalam mama pun dah temankan bibik shipping...dia beli milo 6 kg...hehehhehe.....

    ReplyDelete