Saturday, August 14, 2010

3 Ramadhan 1431

Salam Ramadhan semua, dah sahur ke? Alhamdulillah...bangkitlah sahur walau sekadar teguk segelas air suam. Sunat tu bersahur. Sahur ramadhan ke-4 ni Mummy goreng meehoon spore je (meehoon ang warna putih tu, guna cili padi dan lada hitam).

Untuk buka pose semalam Mummy masak sambal ikan bilis, sambal goreng tempe, lemak cii api ikan kerisi dan goreng ikan bawal kecik.

Sambal goreng ikan bilis dan samal goreng tempe

Lemak cili api ikan kerisi dan goreng ikan bawal

Lauk favourite daddy...sambal ikan keli dan murtabak. Yang ni belilah...

Kuih seri muka, kasui, pau goreng dan talam coklat. Hari ni Mummy tak pegi pasar ramadhan so tak adalah kuih tako...Mummy buat pengat labu + sagu biji

Apa nak buat ye hari ni? Tak kan nak buat kuih raya kut, rasa cam awal la sangat. Rasa cam nak ajak daddy gi PKNS Bangi cari baju melayu anak2. Tahun lepas Mummy beli kat situ. Kalau beli lewat sangat susah pulak nak dapat yang sedondon pulak .. heeh....macam le klu tak sedondon tak jadi raya kan!!! mengada2 pulak....

No comments:

Post a Comment