Monday, August 2, 2010

Abah Dalam Kenangan - 7th Anniversary

Abah dalam kenangan...

2/8/2010 (Isnin) - Hari ni genap 7 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Tak sangka sekejap  je dah 7 tahun. Balik kampung kelmarin Mummy sempat ziarah pusara emak dan abah. Mummy pergi dengan MMiraki, Kak Noor, Kak Long, Som dan anak2.

Lepas subuh tadi Mummy baca catatan Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat.


Signboard rumah emak dan abah...


Masuk ke kawasan perkuburan memang terasa sayu je kan.

Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Pusara abah...

Pusara abah...


Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.

1 comment:

  1. Al-fatihah utk roh beliau. Beruntung sebenarnya arwah ayah Mummy n Mama meninggal kerana penyakit dlm perut kerana ada fadilat bg org yg meninggal dlm keadaan demikian. InsyaAllah.

    ReplyDelete