Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan 1431

Assalammualaikum, hari ni genap seminggu kita berpuasa. Anak2 Mummy si Danny & Danish masih cukup puasa walau kekadang merengek2 kehausan dan keletihan bila balik sekolah. Jadi nak pujuk dia orang2 hari2 Mummy akan tanya dia orang nak makan apa untuk buka dan sahur.

Hari ni dah tak tau nak masak apa lagi. So masak sempoi je, ikan bilis goreng ngan petai, bening kobis panjang dan kicap ayam. Daddy ngan anak2 nak makan fish & chip pulak. So layan je la...

Fish & chip sempoi...

Sambal ikan bilis petai yang sangat mables... pedas berapi. Makan ngan nasi putih je dah cukup...

Ayam kicap...

'Bening bodoh' kobis panjang...

Nyum...nyumm jagung tin yang sangat manis

Karipap dan pau kelapa 'geseng' hehee....manalah tak rentung sambil goreng kuih sambil kutip telor ayam, perah susu lembu, petik strawberry...nasib baik rentung kategori masih boleh dimakan lagi....

Kuih lapis, puding jagung dan kole kacang. Dan kuih tako semestinya ada gak.

5 comments:

  1. Mummy masih lagi giat aktif berFarmville ya? I sejak "banglo" ghaib kali kedua..terus stop berfarmville. Anyway, walaupun geseng...tp kuih2 tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. MMirror - 'kebun' tu dah semakin terbiar, ikut mood je nak kutip hasil ke biarkan busuk...ada 5M pun malas dah nak besarkan kebun or beli banglo baru.....betul MM walau geseng kuih tu tetap selamat dalam perut...hahaah

    ReplyDelete
  3. salam..ermmm sedapnyeee..sambal ikan bilis petai tu..nk try jgk lah..nway sje blog walking..

    ReplyDelete
  4. Mummy Gee,
    Ada ayam goreng dikategorikan bukan Sempoi. Kerana di negara tertentu rakyat mereka tak dapat makan ayam goreng walau setahun sekali!

    Kalau mereka dapat makan ayam sudah dikira pesta besar!

    ReplyDelete
  5. MSom - sempoi kat sini maknanya senang nak buat, maian campak2 je...

    betul2, dulu kita orang makan ayam masa raya je tau, sebab tu tak sabar2 nak tunggu raya....

    ReplyDelete