Monday, August 16, 2010

5 Ramadhan 1431

5th Ramadhan (Ahad) - Penat bersenam kat Sogo & Jln TAR so masak menu sempoi je utk berbuka.

Kuih muih cam biasa beli je... dan bubur lambuk tu orang surau bagi, siap hantar sampai rumah lagi. Tapi tu la bubur lambuk kat rumah ni 'tak berapa jalan'. Mummy makan gak sikit...

Ikan keli goreng berlada favourite daddy dan ikan goreng. Selalu goreng guna cili kering so hari ni Mummy guna cii padi, so berasap la sikit....heheeh

Teringat n3 kat blok Yin Wong Kulai pasal menu berbuka kami masa zaman dulu2. So hari ni Mummy masak lemak pedas tauhu kering + kentang. Dan ikan masin tenggiri utk menambahkan selera. Memang sedap sebab dah lama tak makan.

Spaghetti permintaan anak2. Kalau nak tengok dia orang makan banyak sikit masa bulan puasa ni kena ikutlah selera dia orang ni. Nasi memang tak jalan sangat. Tapi kalau spahetti atau makaroni goreng sampai dua pinggan dia orang makan. Sahur pun makan benda yang sama. Spaghetti hari ni 'versi tak cukup sifat'...hehehe. Minced meat tak de stock dan nak ke kedai dah penat, nasib baik ada daging burger...so Mummy blend la daging burger tu...heeheee...nasib baik sos spaghetti ada lagi satu botol, so tambah je ngan mixed vege...cheese pun tak letak tak de stock...apa2 pun laju je dia orang makan...


3 comments:

  1. Tmpt kau bubur lambuknya camtu rupa,patut ler cam x sedap jer, x de accessori ke?

    ReplyDelete
  2. Anonymous - Bubur tu cam biasa la ada daging, daun sup ada bawang goreng. Bilalah tuand dari plastik masuk pinggan semua dah tenggelam la...heheh...rasa memang boleh tahan cuma kureng minat...

    ReplyDelete
  3. jom tgk blog ikan keli....macam2 ada..semua cerita tentang ikan keli...jom....

    ReplyDelete