Monday, August 2, 2010

3 Days 2 Nights : Part II

Day 3 : 1 Ogos 2010 (Ahad)


Selaku 'mak supir' tak rasmi, awal pagi Mummy dah keluar pi beli breakfast. Kali ni pengiring Mummy orang lain....heheh.... Datin S dan my 'Big' brothers Yin Wong Kulai. Kedai Abas dah dua hari tutup. Manalah si Abas ni, pegi honeymoon ke dia hah? Hajat hati nak beli nasi lemak kat kedai bumbung hijau sebelah kubur kat Simpang 3 sebab Mama Janet kata roti canai dia sedap, tapi tak ada rezekilah pulak...masa Mummy sampai kedai baru nak bukak, dan ada sorang budak tu kata kul 8am baru officially bukak. So Mummy terus lajak ke PS.


Sampai kat PS nak beli roti canai kat kedai Musa dan nak makan kat kedai Dayana kat tepi sungi tu, tapi 'kiciwa' gak, kedua2 kedai tak bukak lagi. Mak aiii kul berapa kedai ni nak bukak yer? Nasib baik ada dua orang jual roti canai kat depan bazar tu. So Mummy order kat kedua2nya 20 keping, kalau order kat satu tempat je sure berjanggut nak menunggu kan. So sementara nak menunggu tu Mummy, Datn S dan Yin pun breakfast la dulu...


Makan kat kedai dalam bazar PS. First time makan kat sini. Selalu makan kedai kat tepi sungai tu. Tapi dua2 kedai tu tak bukak lagi. Kul berapa ye kedai2 tu mula beroperasi? Mungkin sebab malam tadi hujan lebat so tukang masak bangun lambat kut...hehehe.

Mummy makan soto, Datin S & Yin Wong Kulai makan lontong.

Lepas bfast gi cari kuih2 pulak. Kat pekan PS ni kuih RM1 utk 4 pcs. Still murah nak bandingkan ngan kat Bangi. Dah la murah saiz kuih besar2 pulak tu. Dah alang2 sapai PS terus la ke pasar beli sayur2 dan lauk pauk untuk lunch pulak.

40 pcs roti canai siap...heheh...

'Orang gila goreng' dan cucur udang Mama Miraki

Karipap dan apam

Lepat ubi yg mabeles dan pilihan air...teh-o, kopi-o dan teh...pilih la mana yang berkenan di hati

Jamuan berselerak ala2 pra-raya ni.. 80% anak cuci cicit Hj Omar & Hjh Amanah dapat balik ke kampung kali ni... Kepad yang tak dapat balik tu layan je la ye gambar2... tapi memang best la kat kampung walau rumah tak beraircond dan tidor beralaskan tikar atau 'toto' je...

Lepas breakfast Mummy ngan kakak2 pegi ziarah 'rumah baru' emak dan abah. Dari situ Mummy pergi ke kilang kerepek yang fofular tu. On day way tu Mummy drive 5km sejam kut...heheh...ni demi memenuhi permintaan kakak2 dan adikku yang konon2nye nak mengimbau kenangan silam zaman persekolahan dan nak recalled rumah2 yang ada kat Kg Pt Sentang ni... cantik2 rumah kat kampung ni sekarang.

Ohhh hari ni Datuk Rohani Ahmad nak datang untuk rasmikan Dewan Orangramai, patutlah kat kubur tadi ada gotong royong bersihkan dan mengecat masjid. Kat kanan kiri jalan pun banyak kibarkan jalur gemilang. Anak2 muda dah siap beruniform, mungkin ada persembahan silat dan kompang kut.

Ramai orang buat gotong royong kat masjid dan kawasan perkuburan

Dewan baru yang akan dirasmikan oleh Dato' Rohani Ahmad

Antara banglow2 mewah yang ada... Mummy dah lupa rumah2 ni...dulu kawasan rumah2 ni la laluan Mummy ke sekolah tiap2 hari

Kat sekolah ni la tempat pertama Mummy mengenal ABC dan 123. Tak ada pun gi sekolah tadika dan yang sewaktu dengannya.  Cikgu Mokli yang bertanggung-jawab mengajar tu semua kat Mummy masa darjah satu. Mana Cikgu Mokli sekarang ye...

Som pun tak lepaskan peluang abadikan kenangan kat sekolah ni...

Kat jalan masuk ke Pt Sentang, ramai dah anak2 muda menunggu kehadiran Dato' Rohani.

Dah sampai pun ke kilang kerepek2....

Beli je la som...kau pun bukan rajin nak buat kuih raya ni...

Kuih2 kat sini kategori 'tersangat murahnye', tengok kuih2 dia pun macam sedap. Kakak Mummy si Som yang tiap tahun beli kuih kat sini, kata memang sedap kuih2 dia. Mummy memang tak pernah beli kuih raya  yang kat kedai2 kat KL ni sebab Mummy tengok kuih dia cam cama jer cuma acuan dan hiasan lain2. Almond london kat sini dia jual RM12 untuk 60pcs, kan murah tu. Kat KL sebiji 50-60 sen. Dua kali ganda. So sesiapa yang tak ada masa nak buat kuih raya beli je kat sini. Mummy suka kerepek ubi pedas ni...nyum2...

Segala macam kerepek ada kat sini...

Beratnye, apalah  yang Mummy beli ni???

Hasil 'belian' kami ...

Balik dari beli kerepek terus la masak lunch. Masa ni kak Mah & family dah bertolak balik ke KL. Masak sempoi2 je la. So menu lunch hari ni masak lemak putih daun ranti, goreng ikan, kacang panjang goreng, tauhu + tempe goreng cicah sambal kicap dan 35 biji telor dadar.... nampak sangat xtvt kami ni kalau balik kampung makan je kan???? Sebab tu kami semuanya solid molid....

Lepas makan lepak2 dan layan mata kejap. Kak Noor & family terus balik lepas lunch so tinggal Mummy, Mama Miraki, Yin Wong Kulai & Som.

Pas tu start kemas2 barang nak balik KL, malasnye la nak balik ke KL. Anak2 pun merengek sebab tak puas lagi duduk kampung dan jumpa sepupu-sepapat.

Posing2 gedix sebelum balik...

MMiraki, balik kampung kali ni kita nampak kurus kan??? Kalau nak bandingkan ngan yang baju oren tu lah!!! Hahaha

Jangan duduk kat tangga nanti tak de orang datang meminang!!! Hehehe

Ika - Boringkan, kita baru je nak main2 dah nak balik semula. Nanti raya kita duduk lama sikit kat kampung nak tak.
Lisa - Kita ok je, tapi raya tahun ni kita balik rumah Tok Aki kita...

Abadikan kenangan sebelum balik...

Kawasan dalam rumah yang dah kosong dan bersih, rasa sedih je nak tinggalkan. Botol2 spray untuk kegunaan masa raya nanti...nak halau semut2 yang bermaharajalela...


Ready to take off!

Suasana mondom masa nak balik. Abang Enal cam biasa jadi orang terakhir yang keluar dari rumah dan kuncikan semua pintu.

Dan paip kat meter tu kena tutup jangan lupa. Gebusnya tangan ku ini...

Gerimis petang mengiringi kepulangan kami ke rumah masing2...sob...sob...Mummy, Mama Miraki dan Som serentak meninggalkan rumah kampung.

Selamat tinggal kampung, selamat tinggal emak & abah. Insyallah raya nanti kami balik lagi. Lagi 50 hari ... dah boleh start countdown ni...

Kenangan raya tahun lepas...theme purple..tahun ni 'Panca Sitara' tak boleh nak perform sebab tak cukup korum... Inilah bukti family yang mementingkan 'makan', semua solid molid. Tak apa lah, yang penting kita happy dan senang hati!!! Kan...kan....kan...

Mummy & MMiraki singgah makan mee bandung kat muo dan beli murtabak spore.

Lokasi kedai ni sederet dengan kedai Murtabak Singapore. Selepas Shell Sekolah Sains Muar la...

Masing2 tak toleh kiri kanan...ngap je...

Dah kenyang walau tak makan lagi..kenyang bergambar...haha

Mee bandung yang mantap... kami orang terakhir yang dapat makan mee bandung kat sini. Laku betul kedai makan ni baru kul 5:00 pm semua makanan dah clear. Tetap sedap walau dia tak lutak tauhu..mabe dah habis kus... dan gara makan2 mee bandung ni ada orang yg bibir dah jadi ala2 Angelina Jolie...heheh. Licin Mummy makan.... cam nak buat la pulak...

Murtabak yang sedap... akan lagi sedap klu dia tukar cicah sos tu dengan kari or dalca...

Higway memang banyak kereta dan kejap2 orang tekan break. Si Danny tetiba nak terkucil la pulak, kat depan memang kereta bersusun2... so kenalah exit je kat Kuala Pilah sebab dia dah tak tahan sangat... hampir 7.45pm baru sampai rumah.

6 comments:

  1. Sedih aku tengok gambar sebelum gambar panca sitara. Cam sayu nampak rukah ditinggalkan... any 3D2N yg berkualiti... seronok.

    ReplyDelete
  2. betul yin, aku pun sampai kat gambar tu tetiba rasa sayu hiba.best sangat2 aku tengok......

    ReplyDelete
  3. ye..ye...aku pun cam tu....hehehhe

    ReplyDelete
  4. selaku penutup rasmi meter air dan penutup rasmi mangga pintu setiap balik kampong, ada misteri disetiap kejadian itu......biarkan ia misteriiiiiiiiiiii....(heeeeee...dpt cempedak orang tertinggal)

    ReplyDelete
  5. Yin, kak Kay & MMiraki - Memang rasa syahdu la masa nak balik tu, dengan gerimis2 lagi, tengok rumah sunyi dan berkunci rapat...tak apa insyallah lagi 40 hari balik kampung lagi....seronoknyeeee

    Anonymous - Balik kali ni Mummy la yang tutup meter air tu. Cempedak tu ada kat gazebo kan? Kita pun nampak...

    ReplyDelete
  6. correction !..bukan Datuk Rohani Ahmad la..tapi Datuk Noraini Ahmad...wow..idola akak tu..

    ReplyDelete