Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

The best place in the world! I'm coming

Hari ni MUmmy cuti sampai Isnin depan. Mood Pra-percutian Mummy yang akan datang ... layan je la yer gambar. Kepada yang tak dapat nak 'menjoinkan' diri siri balik kampung hujung minggu ni, layan jer la gambar2 ni dulu.. kut2 tetiba rasa nak join pulak...hahahha. 

Kedamaian di Homestay Hj Omar & Hjh Amanah

Fully booked yer

Laki sapa la yang rajin sangat bakar sampah tu

Santai2 time


Lama tak jumpa abang kopi 


Terjah ke pasar minggu

Apakah akan berlaku lagi kemusnahan seperti ini!!!!

Ziarah 'rumah' emak dan abah



Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part V


Balik dari kampung tu Mummy, Mama Miraki & Iwan konvoi 3 kereta singgah makan seafood kat Umbai.
Mummy tak tau mana kedai nak masuk sebab pelayan kedai makan kat sini semua aktif2 belaka... merayu pelanggan sampai keluar dari kawasan gerai. Mama Miraki kerap makan kat Umbai ni so di asuggest kedai No 4 ni... Mummy ok je... i followwwwwwwww


Seafood yang segar2 belaka...


Pilih Mummy jangan tak pilih.... si Dania dah menguap2 bangun tidur


Baby Ayna pun nak makan seafood gak


Tekun menunggu main dish sampai


Nasi lemak ciput ni harga dia 60 sen je. Kita tak payah order pun memang by default dia orang akan letak nasi lemak ni. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 20 bungkus nasi lemak....dannnnnn habis gak. Si Danny sendiri makan 3 bungkus.

Otak2 ni pun kita tak payah order dia orang akan letak dalambakul. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 20 biji/keping....dannnnnn habis gak.

Jeli kelapa ni pun kita tak payah order dia orang akan letak dalam bakul. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 16 bekas....dannnnnn habis gak.... korang ni makan ke melantak ye


Udang goreng butter... yang ni tak berapa nak memenuhi piawaian anak tekak Mummy. Mummy expect yang datang tu udang goreng butter dengan telor yang berkirai2 tu, tapi yang sampai udang goreng dengan butter dan ditabur ngan nestum la pulak.... tapikan,...hihihi... licin gak...1.5kg udang besar untuk semua...


Sepahat masak sambal... Mummy tak makan pun yang ni..hihih.. cam tak lalu je la pulak.Korang kan tau daya imaginasi Mummy ni ditahap maksimum so bila nampak makanan yang pelik2 Mummy mesti terbayangkan something yang .....hihihi


Dua ekor jenahak - seekor masak 3 rasa dan seekor lagi bakar je


Sotong goreng tepong yang sangat2 sedap... 1.5kg licin gak


2 pinggan kerang bakar


Ikan siakap bakar


Muka dah kekenyangan... control macho tu...hehe


Licing semuanya ... 2 jug fresh orange dan 2 jug teh-o-ice limau.... licin tinggal ice je..

Perut dah kenyang... so lepak2 kejap kat jeti depan kedai makan tu.

Air tengah surut...


Adalah pulak si kenit ni menyelit....


Dating sekejap ngan Daddy...


Danny...anak bujang kecik Mummy







Muka masam kena paksa berposing...




2 bibik dengan anak2 jagaan masing2

Mummy sampai rumah almost pukul 11.00pm. Jalan jam...tu pun Daddy masuk h'way sekejap dan exit kat senawang. Ikut jalan lama dan masuk LEKAS h'way pulak. Al-hamdulillah selamat sampai.

Balik Kampung Pra-Raya - Part IV

Wah sudah part iv....

Rasa sekejap je kat kampung dah nak balik ke rumah masing2. Kak Long & family balik ke Kota Tinggi sebelah pagi lepas tu Ain & Ariel. Sebelah petang famili Som gerak balik ke JB pulak. Selalunya Mummy dengan Som orang terakhir meninggalkan kampung tapi kali ni Kak Mah dan Mama Janet tidur satu malam lagi kat kg.

Mummy bertolak balik ke KL dalam pukul 4pm. Konvoi sekali dengan Mama Miraki dan anak saudara Mummy si Iwan. Kira adegan air mata gak le masa nak balik tu... kesian pulak tengok si bibik menangis sedih lepas bersalam2 dengan adik-beradik Mummy.

Baby montel yang tengah melalak ni cucu saudara Mummy... apasal menangis ni bby


Mama Miraki & Bibik Mummy


Untung sungguh dapat majikan sebaik Mummy...hehhe.... ni kes picit lift naik sendiri....hahahah


Asyik2 muka dia je


Bibik2 yang akan terpisah...


Bibik & Amir


Mummy & roomate


Wajahmu di mana-mana




Bye2 kampung... dekat2 nak raya nanti Mummy balik lagi... insyallah

Dari kampung kami tak terus balik ke rumah masing2 pun... ada destinasi persinggahan lagi....heheheh... tunggu ye sambungan nye

Balik Kampung Pra-Raya - Part III

Kenduri doa selamat kami buat selepas solat maghrib. Alhamdulillah walau pun kami dah tak tinggal kat kampung tapi orang2 kampung masih sudi datang ke rumah kami.

Jemput la makan yer...

Anak2 saudara Mummy yang dah besar2 belaka...

Yang kecik2 pun nak makan nasi kat dulang gak 

Jug lama yang semakin sukar diperolehi... sesuai utk koleksi ni....hehehhe.

Balik kg jangan ingat main je yer... solat kena buat... si Daniel bakal imam muda....

Malam tu lepas kenduri Mummy rasa letih sangat, yang lain2 tengah chit chat Mummy tumpang pasang teling je la... dengar tak dengar jer apa yang dia orang sembangkan.

Pagi Ahad tu lepas mandi Mummy hantar bibik Mummy dan maid Mama Miraki ke PS, dia orang nak pusing2 bei barang. So lepas hantar dia orang Mummy, Som dan anak2 pergi ziarah 'rumah' emak dan abah.

Insyallah tiap kali balik kampung Mummy akan ke sini...

Tanda nama rumah terakhir emak dan abah... semoga kedua2nya tenang dan aman di sana.

Dari 'rumah baru' emak dan abah kami ke kilang kerepek. Biasalah kalau balik kampung sure pergi sini punye.

Frust sekejap bila tengok kerepek pisang tanduk dah habis...huhuhu. Kerepek ini sangat2 murah.. sekilo baru RM12... kat KL ni sepacket kecil je dah RM3-4...

Woit Som, raya lambat lagi la, nanti expired kuih raya tu....hehehhe

Ni je yang Mummy borong... kerepek ubi pedas, kerepek pisang tanduk dan ntah apa2 kerepek lagi Mummy beli.

Setengah ruang dah penuh... camana nak balik esok ni, mana nak campak kain baju lagi. Ada yang kena riba kerepek sepanjang jalan.