Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part V


Balik dari kampung tu Mummy, Mama Miraki & Iwan konvoi 3 kereta singgah makan seafood kat Umbai.
Mummy tak tau mana kedai nak masuk sebab pelayan kedai makan kat sini semua aktif2 belaka... merayu pelanggan sampai keluar dari kawasan gerai. Mama Miraki kerap makan kat Umbai ni so di asuggest kedai No 4 ni... Mummy ok je... i followwwwwwwww


Seafood yang segar2 belaka...


Pilih Mummy jangan tak pilih.... si Dania dah menguap2 bangun tidur


Baby Ayna pun nak makan seafood gak


Tekun menunggu main dish sampai


Nasi lemak ciput ni harga dia 60 sen je. Kita tak payah order pun memang by default dia orang akan letak nasi lemak ni. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 20 bungkus nasi lemak....dannnnnn habis gak. Si Danny sendiri makan 3 bungkus.

Otak2 ni pun kita tak payah order dia orang akan letak dalambakul. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 20 biji/keping....dannnnnn habis gak.

Jeli kelapa ni pun kita tak payah order dia orang akan letak dalam bakul. Kat meja kami dia orang letak 2 bakul, meaning ada 16 bekas....dannnnnn habis gak.... korang ni makan ke melantak ye


Udang goreng butter... yang ni tak berapa nak memenuhi piawaian anak tekak Mummy. Mummy expect yang datang tu udang goreng butter dengan telor yang berkirai2 tu, tapi yang sampai udang goreng dengan butter dan ditabur ngan nestum la pulak.... tapikan,...hihihi... licin gak...1.5kg udang besar untuk semua...


Sepahat masak sambal... Mummy tak makan pun yang ni..hihih.. cam tak lalu je la pulak.Korang kan tau daya imaginasi Mummy ni ditahap maksimum so bila nampak makanan yang pelik2 Mummy mesti terbayangkan something yang .....hihihi


Dua ekor jenahak - seekor masak 3 rasa dan seekor lagi bakar je


Sotong goreng tepong yang sangat2 sedap... 1.5kg licin gak


2 pinggan kerang bakar


Ikan siakap bakar


Muka dah kekenyangan... control macho tu...hehe


Licing semuanya ... 2 jug fresh orange dan 2 jug teh-o-ice limau.... licin tinggal ice je..

Perut dah kenyang... so lepak2 kejap kat jeti depan kedai makan tu.

Air tengah surut...


Adalah pulak si kenit ni menyelit....


Dating sekejap ngan Daddy...


Danny...anak bujang kecik Mummy







Muka masam kena paksa berposing...




2 bibik dengan anak2 jagaan masing2

Mummy sampai rumah almost pukul 11.00pm. Jalan jam...tu pun Daddy masuk h'way sekejap dan exit kat senawang. Ikut jalan lama dan masuk LEKAS h'way pulak. Al-hamdulillah selamat sampai.

7 comments:

  1. wah bestnya makan2.. lama benar tak ke umbai..
    ahad lepas pun kami balik dari melaka pukul 11 lebih baru smp rumah.. itupun mmg ambil lekas highway kat senawang.. klu tidak tentu lagi lambat kot..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.......... tak sabor nk makan.sabak aur tutup disita 2 minggu atas faktor kebersihan.kat sini jgn ler order udang goreng butter.mmng memualkan, sebab dia cuma goreng n butter je pengganti minyak.

    ReplyDelete
  3. Mama Janet - betul tu udang dia mmg digoreng dgn butter je. Pas tu dia goreng tak berapa nak masak sangat,so isi udang tu cam basah2 lagi...mmg kureng sikit le... tapiiii habis gak..heheh

    Hanis - Saya pun ada kut 2 tahun tka gi umbai tu...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mama gee,
    amie bc n3 mama gee ini pun rasa dah kenyang...berkilo2 uuu....

    ReplyDelete
  5. Amie - kami ni memang kaki makan...tengok le badan masing2 bagai dipam2....hehehhe

    ReplyDelete
  6. MUMMY GEE, jom pas ni kita gi makan kat Jeram kuala selangor, pas makan kita gi naik bot tengok kelip2 @ kunang2...dah bertahun2 aku tak pernah tengok kunang2, dulu2 masa kecik kat kampung dia orang kata kunang2 tu kuku orang mati kan...

    ReplyDelete
  7. Kak Kay ...kita ok je... bila nak pi? kelip2 tu kg kuantan kan... tapi kan klu tak silap naik sampan kecik jekan... cam takut tergolek je la dengan budak2 yang lasak2 tu...hehe

    ReplyDelete