Friday, June 10, 2011

Bibik & Dania

Esok bibik dah nak balik Indon for good, si Dania hari ni telefon Mummy & Daddy ntah berapa kali dah.

Dia telefon Mummy dan cakap esok dia nak ikut bibik balik Indon, dia dah nak kemas baju. Bila Mummy kata tak boleh dia letak telefon. Tak lama lepas tu dia called lagi, dia kata dia dah siap kemas baju2.

Pas tu Daddy ada bgtau b4 Ddy gi kerja tadi si Dania merayu2 cakap nak ikut bibik, bila daddy kata tak de tiket dan passport, dia suruh daddy belikan hari ni juga. Sat tadi Daddy baru sms lagi, dia kata Dania nak bawak beg sekolah sekali sebab nak sekolah kat Indon....hehehhe... sabar je la. Confirm la esok ada yang terlalak2 bagai nak rak kat jeti Pulau Ketam ni.

Tapi nak buat camana ye sejak dari Mummy pregnant si Dania 6 bulan bibik dah ada kat sini, so memang si Dania ni membesar di depan mata bibik. Bibik pun layan dan manjakan Dania ni lebih2 sikit sebab yang lain tu semua lelaki, so naik lemak le si Dania ni.





Dafiy ni pun sama gak, 3 tahun membesar di depan mata bibik. Memang berat la hati bibik nak tinggalkan dia ni.





4 comments:

  1. dania buat camtu lagi sayu hati bibik nak tinggalkan dia nanti.

    ReplyDelete
  2. mama janet, jangan kata bibik aku pun nak nangis baca, ye la bibik balik terus tak datang sini lagi , biasa tu balik cuti aja.

    ReplyDelete
  3. bibik oh bibik....mana nak cari pengganti bibik cam tu yea...kesian dania yea...siap nak sekolah akt indon lagi tu....akur asa kalau bibik kidnap di abawak balikindon pun dia tak nangis yea...

    ReplyDelete
  4. Kena nyanyi lagu ni...

    Bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaaa
    Hilang di mata tapi di hati tidak lupaaaaa
    Berdoalah kita agar aman dan sentosa

    Hik hik hikkkk

    Lagu budak2 pengakap)

    ReplyDelete