Monday, June 27, 2011

Serah tugas

Dua hari cuti yang sangat padat dengan xtvt suri rumah. Hari Sabtu walau pun cuti Mummy tetap bangun 5.45am macam biasa. Lepas mandi  dan solat terus bersilat.


Serah tugas kat Daddy. Kul 7am Daddy pegi pasar dengan si Daniel & Danish. Bibik tak ada ni Daddy ambik turn pegi pasar la. Kalau Mummy yang pergi pasar balik nanti dah collapsed pulak siap nak mengemas dan buat kerja2 lain. So Mummy dah siap2 kan list untuk Daddy apa barang yang nak dibeli. Jom layan  hasil orang lelaki pegi pasar....

Ikan ... ikan... siapa nak beli ikan... macam2 ikan ada... ikan ikan... 

2 ekor ayam dah siap buang kulit ... goreng, masak sambal, sup, masak kicap dan masak lemak cili api.

Mummy tulis kat paper beli 'udang besar' sekilo ... tak sangka la pulak Daddy beli udang putih yang besar tu.... kalau udang minyak tu boleh dapat 2.5 kg ni...hehhe. Bila balik dia tanya kenapa udang mahal sangat hari ni sampai RM45kg....Untuk dua kali masak so Mummy akan masak lemak kuning dan akan buat udang goreng tepong

Daging batang pinang ... akan jadi daging goreng kunyit dan daging masak black pepper

Akan ditransform jadi sotong goreng tepong dan sotong goreng kunyit

Walaupun ikan semua dah bersiang kat pasar Mummy still ambik masa hampir 2.5 jam untuk cuci2 dan masukkan ikan2 dan segala ni dalam bekas plastik. Senang nanti nak masak ambik sebekas2 je 

Tengoklah sayur2 yang Daddy beli...

Kalau uols ada 2kg bayam kan nak buat apa ye? Aduh pening Mummy fikirkan apa nak buat dengan bayam banyak ni... dah le bayam tak tahan lama...

2 ikat pucuk paku ... emmm may be Mummy akan baut kerabu kut. Actually dalam sejarah Mummy tak pernah pun beli pucuk paku ni....

Pucuk manis... selain masak lemak ngan keledek, nak buat apa ye pucuk manis ni? Buat kerabu cam orang buat kerabu daun turi tu boleh tak?

Sawi putih ni goreng jer kut.... ni pun antara sayur yang tak tahan lama...


Sekilo tauge.... cam nak goreng mee untuk kenduri je sampai tauge sekilo kan.

Ni pun lagi satu bendalah yang Mummy tak pernah beli..rebung. Mummy tanya kat Daddy dia makanke rubung ni, di akata ntah... aduhai... kenapalah dibelinya pulak. Apa Mummy nak buat ni, bau dia je pun  Mummy tak tahan dah. Sembang dengan jiran dia kata dia suka rebung ni. So Mummy cakap kat aid Mummy ada rebung tapi tau tau nak masak apa so Mummy bagi kat dia suruh masak nanti dah masak bagi la Mumy semangkuk kecik untuk Daddy makan.

Tak sangka pulak Daddy boleh beli keledek dan ubi kayu ni... ni antara benda yang tak ada dalam senarai Mummy tulis.... may be dia ingat Mummy lupa nak tulis kut. Apa nak buat yer ngan ubi ngan keledek ni... Emmmm keledek tu rebus dan goreng je la. Ubi kayu tu buat ubi samin kut, tapi buat lepat ubi pun sedap gak kan...

Sebiji labu yang besarrrrr.... akan ditranform jadi masak lemak, pengat dan lepat... mengikut darjah kerajin dan mood masak Mummy la

Hidup untuk makan ke makan untuk hidup yer....hehehe

Hari Sabtu tu Mummy rasa memang letih2 ya amat... dah penat tengahari pun masak sempoi2 jer, tapi dalam pada tu sempat gak le membaking untuk bawak gi street party... dan malam minggu tu tetap boleh bergossip2 ngan jiran tetangga heheh

So untuk dua minggu akan datang ni urusan ke pasar selesai, kalau perlu top-up pun sayur2 la. Boleh la Mummy try curi masa nak memanjakan diri gi facial ke apa..hehhe

5 comments:

  1. Udang laut memang ler mahal........yg murah 2 udang ternak(bela) namanya, walau besar 1 kg cuma rm 16++ tp aku x suka udang ternak tu, biar aku mkn udang muar yg kecik2 tu pun x pe drpg mkn udang ternak tu dh ler liat nk buang kulit sikit punya susah lak tu. pucuk manis tu wt grg dgn klpa(ala2 kluban). bayam 2 ko wt ler knduri satu taman...hihihihi...

    ReplyDelete
  2. kok mandai2 dia beli rebung semua sape suruh.bayam tu ko wat kerepek bayam je...nasib baik ler hubby aku tau berkira2 kalau suruh beli lauk pauk..parah, kalau dh taugeh sekilo nk wat apa..hahaha

    ReplyDelete
  3. lain kali bersukur apa yang laki dah beli nnati dia merajuk tak nak amik tau baru tau

    ReplyDelete
  4. Anonymous 4:06 PM - Memang cam nak buat keabu pucuk manis tu, tapi kalau malam2 makan kerabu tu cam x ngam je, kena tunggu weekend le kut, harap2 daun pucuk manis tu takkering....

    Mama Janet - tauge tu malam tadi dah buat masak lemak putih.. ada lagi separuh lebih....

    Anonymous 8:45PM...bukan tak bersyukur cuma tak nak pembaziran berlaku....hehhe

    ReplyDelete
  5. nasib baik dia tak belikan emas 916..wpun tak dea dalam senarai...kut mana tau dia ingat ngko lupa tulis kea apa...huhu..

    ReplyDelete