Thursday, June 30, 2011

PENTING KE TAK?



Pernah tak agent insurance approach uols? Mesti ramai yang cuba nak lari2 dan elak2 kan bial dia orang cuba nak approach. Apasal ek? .... hehehhe... biasalah dia orang ni kalau bercakap tak ada nye full stop... selalunya mintak masa 5 minit in the end 30 minit pun tak habis... hehhe.. jangan la marah kat dia orang, dah itu kerja dia orang kalau dia orang tak kerja camana nak bagi makan pakai anak isteri... betul tak?

Oklah berbalik pada insurance ni korang ada insurance tak? Insurance kereta tak kira la... itu memang wajib ada la kalau ada kereta... Ni nak cerita pasal insurance kesihatan. Kalau dulu2 rasanya tak ramai yang ada kesedaran untuk ambik insurance kesihatan ni tapi sekarang ni rasanya semakin ramai dah ambil. Mungkin disebabkan kos untuk mendapatkan rawatan yang semakin meningkat2 naik meyebabkan ramai yang buat persiapan awal. Memang betul le siapa yang nak sakit kan tapi kalau dah ditakdirkan sakit sekurang2nya kita ada sumber untuk membayar kos rawatan.

Company Mummy kerja ni memang tak provide insurance untuk staff. Tapi kalau setakat sakit pening demam tu boleh claim la. Hospitalization ada bagi gak tapi terhad la.

Insurance pertama yang Mummy ambik masa awal2 kerja dulu, kalau tak silap ambik dengan Arab Malaysian Bank, tapi disebabkan susah nak buat bayaran, lepas dua tahun Mummy terminate. Lepas tu Mummy ambik life insurance dengan Takaful, rasanya ada ada kut 13 tahun Mummy ambik insurance tu, tapi insurance yang Mummy ambik tu tak cover hospitalization dan critical illness. 5 Tahun lepas Mummy ambik pulak insurance cum saving dengan Etiqa Takaful. Yang ni cover hospitalisation, critical illness dan permanent disablement. Untuk anak2 pulak Mummy ambikkan education insurance je. 

Alhamdulillah company tempat Daddy kerja ni cover insurance untuk semua ahli keluarga samada untuk rawatan inpatient, out patient atau specilist. 

Bila dah semakin tua (baca sebagai matang) ni terasa sangat pentingnya insurance, ya la cam Mummy ni anak kecik2 lagi, at least kalau something bad happend at least kebajikan dan pelajaran anak2 terjamin. 

So Mummy advice pada adik2 yang baru kerja ni, ambik la insurance ni semasa muda. Bukan apa kalau ambik masa muda ni premium dia rendah sikit nanti kalau dah berumur nak ambik insurance pun susah, nak kena buat medical check-up dll lagi. 

No comments:

Post a Comment