Thursday, June 23, 2011

Jangan lupa bawak balik bekas tu...

Assalammualaikum semua....

Pagi ni buat nasi goreng cina je untuk breakfast dan bekal anak2 ke sekolah. 3 bekas untuk 3 orang tu... air pun 3 botol gak... 3 orang, air nak lain2 la pulak.. Danny bawak air kosong je, Danish ice lemon tea dan Dania air sarsi.

Okey anak2... bekal dah siap. Walau dah bawak bekal Mummy tetap bagi duit belanja kat dia orang. Sehari bagi RM4... untuk sekolah agama RM2 dan sekolah kebangsaan RM2... kalau dah bawak bekal selalunya duit belanja ni tak habis pun. Alhamdulillah masing2 dah pandai menabung.... si Daniel dari awal tahun hingga hujung bulan Mei dapat simpan dalam RM200 dan Danish dalam RM130 ...

Sekarang ni musim luruh....heheh.... so tiap2 pagi sementara tunggu van sekolah Dania sampai sempatlah Mummy sapu daun2 yang luruh ni....dah nak penuh dah satu beg plastik tu...

3 comments:

  1. mummy and daddynya tak bawak bekal ke?...

    ReplyDelete
  2. dulu mas sklh rendah si syafiq pun gemar menabung.sekarang...........ehm.rm3 habis

    ReplyDelete
  3. nak kata apa...anak akak pun sehari Rm3...lenyap..biler tengok dlm laci cam kumpul Rm5-6 , esok tengok licin dah...top up prepaid..Gen Y...tak cam kita dulu gen X

    ReplyDelete