Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part I

Waktu yang ditunggu2 akhirnya sampai... yeyeye.. balik kg... hihi.. mengalahkan bebudak je kan Mummy ni.

Lepas solat Jumaat Mummy balik kg. Sampai kampung dalam pukul 6.15pm. Masa tu cuma ada family Mama Janet je. Lepas Isya, family Datin S dan Yin Wong Khoo Lai pulak sampai. Tak lama lepas tu family YB Bukit Mutiara dan family Mama Miraki sampai dah tengah malam.

As usual la anak2 yang dah tidur terbangun semula tak tau la da orang tidur pukul berapa.

Awal pagi semua dah bangun. Mummy sangat suka suasana kat kampung awal bagi ni, berkabus2 tu. Lepas solat semua Mummy ronda keliling rumah la.

Suasana pagi di kampung yang Mummy suka sangat.....

Dah macam raya la pulak, semua balik kampung kecuali family Kak Kay yang balik ke Kelantan. Almost 50 orang waris2 Jari Hantu Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah berkumpul..


Parit depan rumah yang bersih dan luas selepas dikorek... seperti yang diceritakan dalam blog Cikgu MS


2 pokok jambu bol yang lebat berbuah... ada yang dah masak dan ada yang putik lagi. Tengok tu bersepah buah tu kat bawah pokok... buah dia walau kecik2 (Mummy panggil jambu bujang) tpai manis sangat2..
Pokok rambutan yang lebat berputik dan ada yang dah jadi buah... emmm ...raya nanti masak kut...

Dah ronda2 keliling rumah, cam biasa la tugas tetap Mummy , pergi ke pasar.

Ahli rombongan Cik Kiah melawat pasar Parit Sulong


Bawang bilis dan barang kering beli kat kedai apek ni je...

Pucuk paku yang segar2...fresh from ladang...


Wahhhhh ada umbut kelapa.... boleh masak kari + ayam...sedap... Errr siap empunya tangan yang gebuzzz tu yer... cantik gelang tangan....hehhe

Bang ayam 15 ekor potong 12 dan daging 10 kg potong kecik untuk masak kari yer... setengah jam lagi kami datang ambik....


Sekaran ni musim sayui kucai ni kut... Mummy beli 3 ikat = RM3... masak lemak pedas2 dengan petai sedap ni... pas tu goreng ikan masin

Ubi yang baru cabut ni... basah lagi kulit dia....

Sementara nak tunggu lain2 gerai dibuka kita orang breakfast dulu...


Muka ceria sementara tunggu hidangan sampai


Penaja untuk breakfast... tapi tu la... dia kata nak makan apa pun makan la tapi tak boleh lebih dari RM2... terok betul kan YB ni....hehhehe


Sekeping roti telor dan sekeping roti canai kosong...korang agak siapa punye bereakfast ni???

Meehoon soto dan soto nasi yangs angat2 sedap...


Setiap 3 bulan adalah muka abang kopi ni dalam blog Mummy...hehhe. Kami jalan baru sampai depan Pejabat Pos abang ni dah angkat tangan tanya nak kopi berapa kilo....hehheh. Mummy tak beli pun kopi, si Mama Miraki ni beli 2 kg...


Apa kena Mama Miraki ni... klu dah kopi memang bai kopi le... tak kan nak bau cam perfume pulak!

Sementara tunggu abang kopi bungkus kopi yang diorder, Mama Miraki gigih memilih blouse .... tapi tak beli pun


Woittt Mama Miraki cepat lah sikit... Mummy dah penat ni...


Mummy - Pakcik pisang ni petang dah boleh goreng ke belum
Pakcik Jual Pisang - Bila2 pisang ni dah boleh digoreng, kan ada yang suka pisang muda, yang mengkal dan yang dah masak sangat..... ikut suka je bila nak goreng....
Mummy - errrh panjang lebar pulak la pakcik ni bagi jawapan...(dalam hati je la...0


Whuaaaaaaa.... siapa sudah block kereta Mummy ni...


bersambung....

4 comments:

  1. Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. untung abg kopi ni, selalu masuk dlm blok ini

    ReplyDelete
  3. Maaflah, saya segan nak datang....meriah sangat tu.

    ReplyDelete
  4. aku tunggu2 ceta kat kg ni, walau pun sebenarnya rasa' kecemburuan' teramat sangat sebab aku tak de. bestnya ronda2 pasar PS kan... huhuhu...

    ReplyDelete