Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part II

Balik dari pasar terus bersilat kat dapor. Umat ramai so sibuk nak masak untuk lunch dan nak masak untuk kenduri malam ni. Masak2 sekejap je tapi nak basuh2 dan siapkan segala benda yang nak dimasak tu menyebabkan lambat. Tengah nak masak gas habis la pulak. So nak kena pegi beli dulu...

Daddy ambik tender cuci ayam 15 ekor...

Mama Miraki dengan kari dagingnya

Sementara kami kaum ibu bersilat kat dapor, Daddy dan Hubby Som layan anak2.

Khemah bawah pokok cempedak...


Tengahari2 buta ada unggun api? Sesuai ke? Hehehhe.... tak pe la boleh gak halau lalat dan nyamuk

Daddy & Hubby Som tunjuk skill kait kelapa gak


Buah cempedak ditebuk tupai....


Kutip jangan tak kutip


Anak2 berebut2 mengangkut kelapa muda dan susun kat khemah


Lebih kurang 30 biji kelapa menjadi mangsa...heheh... dapat 3/4 tong air kelapa muda yang sangat2 sedap dan menyegarkan...

Arghhhh panas2 dapat minum air kelapa sejuk2 ni memang nyamannnnnnnn

Korang ingat apa budak2 tu buat dalam khemah?

Ooooo ni la kerja dia orang... makan tengahari ramai2 dalam dulang...


Bila dah petang start la xtvt buat nasi ambeng....


Korang ni nak tunjuk gelang kat tangan ke nak tunjuk apa? Ce cita sikit...


Nasi ambeng dah siap.... menu kenduri kali ni , kari daging, ayam goreng rempah, mee goreng, sambal goreng, kacang tolo tumis pedas, serunding kelapa dan ikan masin. Menu sampingan buah2an dan kuih-muih.. itu je


Dua kuih tradisional yang emak dan abah selalu buat kalau ada kenduri kendara. Yang belah kiri tu orang kampung Mummy panggil 'gemblong (beras pulut dikukus/ditanah,  pas tu gaul dengan kelapa muda dan ditumbuk hingga halus). Ni Mama Miraki yang buat. Tapi ni versi yang dah digoreng pulak, lupa nak snap versi belum goreng. Yang kanan tu takkan korang tak kenal kut, tu wajik pulut. Naik muscle gak le Mummy nak mengacau pulut tu

Bila masak semua dah siap, time untuk lepak2 dan menghayati suasana petang kat kampung sambil tengok anak2 main.

Khemahdah berubah lokasi... pagi tadi kat dapor bila petang berpindah ke halaman depan pulak

Anak2 gumbira main bole waktu gerimis... x pe la kali ni Mummy bagi chance kat dia orang








bersambung  ... (klau rajin...)


1 comment:

  1. tangan2 yg mempamerkan gelang tu, tak takut ke tangan kena potong. termasuk ler tanganku.Takuttttttttttttttttt

    ReplyDelete