Wednesday, June 29, 2011

ABIM VS PASTI

Pagi ni Mummy masuk office lambat sikit. Mummy & Daddy survey sekolah agama dan daycare untuk anak2. Kat area berdekatan dengan kawasan perumahan Mummy ni memang banyak sekolah KAFA dan taska. Urusan ambik bibik Mummy dah cancel bila agent yang janji boleh sediakan bibik dalam masa 2 minggu dah sampai 2 bulan pun tak hantar lagi. La ni tengah tunggu dia refund duit deposit, harap2 dia refund la duit Mummy tu sebab bukan Mummy yang salah tapi dia yang salah sebab tak boleh hantar maid dalam waktu yang dijanjikan. 


Mula2 nak cari sekolah agama untuk Daniel & Danish. Sekarang ni dia orang sekolah kat satu sekolah KAFA depan Sekolah Kebangsaan Sek 7, dah lama dia orang kata nak pindah sekolah, main reason toilet kotor dan dia orang nampak tikus dan lipas merayap2 je kat kawasan kelas. Tapi Mummy rasa cam leceh la pulak nak pindah2 sekolah dah masuk setengah tahun ni. So bila sibuk nak cari tempat transit untuk Daniel & Danish sekarang ni Mummy rasa about the right time untuk pindahkan dia orang ke sekolah KAFA lain dan ada kemudahan transit. 


Lepas pusing2 dan tanya few sekolah KAFA dan tanya jiran2, Mummy decide nak hantar ke Sekolah KAFA ABIM, lokasi sekolah pun berdekatan dengan sekolah kebangsaan so balik sekolah agama , transit di sekolah KAFA ABIM gak dan jalan kaki je ke sekolah kebangsaan. Plan nak letak sekali Dania & Dafiy day care kat sini tapi tak ada ada daycare pulak kat sini. Esok baru nak daftar sebab tadi pejabat tutup, sekolah cuti sempena Isra' & Mikraj. So far tengok sekolah dan tempat transit dia nampak bersih, Mummy siap tengok toilet lagi ...heheh. Registration RM100, yuran KAFA RM60, IQRA RM30 dan transit RM100 untuk setiap orang. Esok pagi la baru daftar.


Yang susah nak cari daycare untuk Dania & Dafiy... banyak tadika ada provide daycare tapi kebanyakkannya ambik untuk budak 4-6 tahun dan yang tak pakai diapers lagi....hhuhu. Duduk opis ngan Mummy je la Dafiy.... ada satu kakak tu jaga budak tapi tengok cam dah ramai sangat je kat rumah dia, dan dia tak ada pembantu pulak tu. Ada satu tadika dan daycare tapi Mummy tengok ramai betul budak2 kecik kat situ takut pulak nanti Dafiy main2 terpijak ke terhempap budak2 kecik tu. Yang umur setahun baru jalan jatuh pun dicampur dengan yang 4-6 tahun....




Finally Mummy & Daddy pilih PASTI Siti Sarah untuk Dania & Dafiy. Persekitaran bersih dan pengasuh + cikgu pun ada dalam 7-8 orang. Registration RM50 seorang dan monthly fee untuk Dania RM120 dan Dafiy RM150 dan tambah RM30 untuk kelas IQRA. Charge OT kalau ambik lepas pukul 6pm. Actually PASTI ni pun tak ambik daycare untuk budak yang umur bawah 4 tahun dan pakai diapers. Tapi lepas bincang finally dia setuju ambik tapi charge lebih sikit la sebab nak kena bancuh susu dan tukar diapers. Tak kisahlah janji anak2 Mummy dapat penjagaan yang memuaskan kat sini. 


So next monday balik dari sekolah masing2 akan transit kat tempat masing2.

5 comments:

  1. jadinya lain2 tempat la diaorang transit ye...kalau sama tempat sempat along tengok2 adiknya kejap.
    tapi tak pe la yang penting dafy ada dania sekali

    ReplyDelete
  2. akak dah alami...tak dea apa masalah lea, transit2 nie.....takat nampak lipas seekor kat tempat kasut tu..standard lea...hehe...

    ReplyDelete
  3. Kak Kay - aha dia orang transit dan day care tempat yang berlainan...

    Anonymous - bukan takat lipas tapi tikus pun ada... masalah utama toilet le... budak2 sanggup menahan kencing sbb x nak masuk toilet... sampai rumah campak beg terus cari toilet dulu

    ReplyDelete
  4. bagi aku senang letak satu taska jer...tak yah pisah2 kan...dafiy tu tak yah sekolah dulu lah..kecik lagi...nanti dia boring...tapi dah daftarpun kan...layan ajelah labu

    ReplyDelete
  5. Mama Miraki ... memang tujuan nak letak satu taska je tapi dah tak dpt camna, ada yang nak jaga budak bawah 6 tahun je dan ada yang buat transit je.. oklah Dania & Dafiy sama tempat dan Daniel & Danish satu tempat. Lokasi berdekatan je cuma beza lorong....

    ReplyDelete