Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part III

Kenduri doa selamat kami buat selepas solat maghrib. Alhamdulillah walau pun kami dah tak tinggal kat kampung tapi orang2 kampung masih sudi datang ke rumah kami.

Jemput la makan yer...

Anak2 saudara Mummy yang dah besar2 belaka...

Yang kecik2 pun nak makan nasi kat dulang gak 

Jug lama yang semakin sukar diperolehi... sesuai utk koleksi ni....hehehhe.

Balik kg jangan ingat main je yer... solat kena buat... si Daniel bakal imam muda....

Malam tu lepas kenduri Mummy rasa letih sangat, yang lain2 tengah chit chat Mummy tumpang pasang teling je la... dengar tak dengar jer apa yang dia orang sembangkan.

Pagi Ahad tu lepas mandi Mummy hantar bibik Mummy dan maid Mama Miraki ke PS, dia orang nak pusing2 bei barang. So lepas hantar dia orang Mummy, Som dan anak2 pergi ziarah 'rumah' emak dan abah.

Insyallah tiap kali balik kampung Mummy akan ke sini...

Tanda nama rumah terakhir emak dan abah... semoga kedua2nya tenang dan aman di sana.

Dari 'rumah baru' emak dan abah kami ke kilang kerepek. Biasalah kalau balik kampung sure pergi sini punye.

Frust sekejap bila tengok kerepek pisang tanduk dah habis...huhuhu. Kerepek ini sangat2 murah.. sekilo baru RM12... kat KL ni sepacket kecil je dah RM3-4...

Woit Som, raya lambat lagi la, nanti expired kuih raya tu....hehehhe

Ni je yang Mummy borong... kerepek ubi pedas, kerepek pisang tanduk dan ntah apa2 kerepek lagi Mummy beli.

Setengah ruang dah penuh... camana nak balik esok ni, mana nak campak kain baju lagi. Ada yang kena riba kerepek sepanjang jalan.


1 comment:

  1. kalau korang balik tiap2 bulan cepat kaya la si Jaronah tu ye, sekali borong sampai habis stok... dashyat le....

    ReplyDelete