Monday, June 20, 2011

FROM KIDS FOR DADDY

Father's day semalam, Mummy tak de gi mana pun, lepak2 ngan anak2 je kat rumah sampai kebosanan....heheh

From Danny & Danish ... Dua beradik ni merengek2 mintak duit kat Mummy sebab kawan ajak pegi kedai buku nak beli card dan hadiah untuk ayah dia. Mummy nak temankan pegi dia orang tak nak.. sabar je la budak2 ni.. dah pandai nak pegi kedai sendiri je. Nasib baik lah kedai tu seberang jalan lepas guard house je. Balik dari kedai tu Mummy tanya beli apa? Dia orang kata beli card ngan hadiah. Tak nak bagi tau pun hadiah apa dia orang beli sebab rahsia ... siap suruh orang kat kedai tu bungkus terus.

From Dania  & Dafiy - Si Dania ni pulak tak tahu abang2 nye pergi ke kedai, so bila petang semalam dia tahu menjerit sakan le, ajak Mummy pegi kedai gak... tak kuasa betul nak melayan anak dara sorang ni. Yang kelakarnya kan card untuk father's day boleh habis kat kedai buku tu, so dipilihnya birthday card.... Dania kata, tak kisahlah janji ada wording 'Daddy' ... apa2 la Dania ooi

Ntah apa yang dia tulis untuk Daddy tu Mummy pun tak tau.... kedekut tak bagi Mummy baca.

2 comments:

  1. Untung betul jadi bapak zaman sekarang. Dulu bapak2 kita tak pernah merasanya dapat kad dan hadiah. Kita hadiahkan Fatihah kepada Allahyarham bapak-bapak kita yang telah tiada ya

    ReplyDelete
  2. MSom - dulu2 mana la kita tau ada hari ibu ke hari bapa yang kita tau ada hari raya je....

    ReplyDelete