Sunday, June 12, 2011

Drama sebabak - bye2 Bibik


11/11/2011 - Akhirnya sampai gak saatnya bibik Mummy balik ke Indon. Kali ni bukan balik bercuti tapi balik for good. Semoga bibik sihat selalu dan ada rezeki boleh datang semula ke rumah Mummy sebagai tetamu.
Daddy tengah mengikat barang2 bibik. Kalau tak ikat ni mau terbarai bila sampai Indon. Dia orang ni kat feri tu main campak2 je barang.


Ni la barang2 yang bibik bawak... kalau naik flight jenuh nak bayar duit luggage


Hari akhir sebelum bibik balik Mummy suruh Daddy beli durian, saja je jamu bibik. Nak bawak dia makan kat luar pun dia tak nak sebab banyak makanan yang dia tak makan.


Seawal 8am dah bersiap2 ke Jeti Pulau Ketam


Tuan punye blog yang akan menjadi 'bibik' pulak...heheh

Baru masuk kereta je si Dania dah menangis. Puncanya berebut dengan si Daniel nak duduk dengan Bibik. So keputusannya kena ganti2, setiap jumpa tool booth tukar tempat duduk, cam tu lah sampai ke Jeti


Dah nampak hentian Klang ni maknanya dah dekat le dengan jeti

Suasana tenang dan tak ramai orang... kalau nak raya, sesak teruk kat jalan ni


Ok dah sampai pun


Orang tak ramai so dapat parking dalam kawasan jeti


Mummy suka gambar ni... nak tau kenapa?.....hehehhe... sebab Mummy nampak kurus la....ahhahah


Air mata bibik tak henti2 setiap kali pegang anak2


Dania dah start monyok


Sekejap monyok sekejap ok...


Aduh pak ... kok berat banget bawak batu apa? Setiap satu beg dan kotak tu kena charge RM10 untuk tolong tolak sampai ke tepi feri. Nak bawak masuk ke dalam feri pulak di aorang akan charge lagi RM5... so kalau nak jimat angkut la sendiri... tapi larat ke???

Kalau boleh nak dibawaknya anak dara kecik Mummy ni ke Indon


Beg hijau penuh kenangan... itu beg arwah emak Mummy. Lepas abah tak ada beg ni lah yang diusung bila berpindah ke rumah anak2




Ultraman show di Pulau Ketam....

Bibik peluk anak2 sebelum kita orang balik. Bye2 bibik... Malam ni bibik telefon Dania tau.


Air mata Dania.... Kereta baru gerak tak sampai 10 minit dah mintak nak call bibik. On d way balik ke Bangi tak berhenti dia menangis.... So terpaksa pujuk bawak gi main games kat Alamanda baru senyum....

Baru happy...

Aksi rempit ngeri Daniel

Daddy & Danish racing kereta


Budak kecik naik ni je la ye...

Bermulalah kehidupan Mummy tanpa bibik selepas 7 tahun. Cuma kena bangun awal sikit setiap pagi la...hehhe. Selalu tu kul 6am bangun dan kul 6.30am turun bawah dah terbau lantai yang wangi lepas dimop dan bau air teh panas yang dah dibancuh....heheh. Lepas ni xtvt mengemop tu weekend je la Mummy buat.

3 comments:

  1. sedih aku baca blog ni, saat ni bibik mesti dah sampai ke Indon,jumpa familynya.
    bermula lah kehidupan mummy gee tanpa bibik wat sementara....

    ReplyDelete
  2. Sedihnyaa Mummy, sampai meleleh air mata MM membacanya... sib baik ada happy ending plak dlm entry ni.

    ReplyDelete
  3. mmg sedih lea...tapi biasa lea..time nie bibik ngan mas joko tengah soping ngan duti simpanan kat M'siaa kut..hehe...

    ReplyDelete