Monday, August 16, 2010

Mari bersenam lagi...

Semalm Mummy ngan Daddy gi pergi bersenam kat Sogo dan kawasan2 yangs ewaktu dengannya. Tujuan utama nak cari baju Melayu untuk Daddy dan anak2 je. Lain2 barang tak masuk dalam agenda . Kul 10.30am kita orang dah keluar rumah.

 
Posing2 dulu sebelum pegi bersenam... masa ni Daddy bawak Dafiy pusing2 naik keta dulu... Mummy pegi ngan daddy je. Takutlah nak bawak anak2 kat tempat sesak2 sekarang ni...

Happy2...nak gi shop2...
Cam 'terkejut monkey' pulak sebab suasana kat KL cam lengang je, Mummy dah dapat bayangkan jalan mesti sesak ya amat...'unsangkarable' betul tu... tengok tu sampai ada dua awek boleh lengang mak minah melintas jalan depan Sogo lagi...(pesanan khidmat masyarakat - jgn ikut perangai awek2 tu bahaya, jejantas dekat je tu)

Walaupun kat luar cam kereta tak banyak, masuk Sogo ni dapat parking kat Basement 3... tu pun almost penuh... Sementara daddy pilih memilih baju kerja dia, Mummy mencuci2 mata kat bahagian hand bag ngan kasut. Cam menyesal je masa Member's Day tak tangkap Polo Handbag tu... last week 90% off minggu ni dah 50% off je.... huhuhu....so tak jadi beli. Tengah cuci2 mata, kakak Mummy, Datin S called. Dia tanya dah belikan tudung dia ke belum... dia malas nak cari tudung nak matchkan ngan baju raya dia. alamak sorrylah Datin lupalah... minggu lepas dah gi tapi beli untuk diri sendiri je lupa pulak pesanan orang. Tak pe hari Jummat nnt Mummy pegi carikan. Datin S kata baju2 Melayu banyak jual kat Wiswa Confident (Yakin). Dia suruh tengok kat kedai BAK ...

Nak bayar pun tak perlu berebut2 sebab orang tak ramai lagi. Tujuan utama nak beli baju Melayu daddy kat sini tapi promotor kata baju melayu belum start jual...lusa baru sampai...mak aiii lambatnye start jual baju Melayu....
Masa we all nak keluar dari Sogo, kat ground floor dah ramai orang....

 
Merayap ke Jalan Masjid India & Jalan Bonus... tersangatlah lamanya tak jalan2 kat sini...Best gak sesekali ronda2 kat sini, tudung melambak2 dengan harga borong. Sana sini orang jual baju Melayu. Tak jumpa la pulak kedai yang Datin S cakap tu... so kita orang tengok dari satu kedai ke satu kedai. Susah gak nak dapat yang matching semua anak beranak kalau tak tempah ni...dah dapat warna berkenan saiz tak ada lah...

 
Dalam pusing2 tu akhirnya sampai gak ke kedai yang Datin S cakap...oooo kedai ni memang dalam Wiswa Yakin dekat2 Den Wahab gak la. Kat sini nampak cam kedai kecik je, rupa2nye depan tu bahagian dispaly je kat belakang punye banyak baju2, nak warna apa cakap je...insyallah ada. Cam terbekenan pulak ngan warna hijau la. So semua ambik kat kedai ni je la...baju daddy,Daniel, Danish, Dafiy dan Dania. Kurung utk Mummy sebenarnya ada gak tapi kan dukacita dimaklumkan...huhuhu...tak ada saiz...'M' tak boleh masuk...'L' besar gedabak cam baju pinjam... pas tu Mummy complain apasal 'L' dia besar bagak sangat tu patutnya saiz XL. Ooooo rupanya bukan Mummy sorang je yang complaint, mamat promotor tu kata saiz 'L' tu dia orang buat utk cover saiz 'XL' sekali tu yg dia buat besar... ada pulak camtu.... tak pe la Mummy pakai je baju hijau yang Datin S dah siapkan tu...

Selepas penat bersenam inilah hasul utk hari ni... anak2 dapat baju Melayu, Daddy baju Melayu, slack gi opis, short ngan t'shirt. Mummy dapat 2 pasang kasut kerja je, beli masa kat Sogo.

Eh dah raya ke hah??? Sesi cuba mencuba... Daniel seluar keno potong, Danish cangkuk kena anjakkan dan Dania kain kena potong sikit... Dafiy mogok tak nak cuba... Dania dalam demam2 pun excited nak cuba baju. Baju Mummy pun tak ada besulam manik swarovski tau ... ini sudah over. Tinggal beli songkok ngan kasut je...

1 comment:

  1. Bertuahnya budak2 zaman sekarang bila nk raya...dpt lak ibubapa tg berada serba serbi baruuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete