Sunday, August 22, 2010

11 Ramadhan 1431

Salam uols. Hari ni Mummy nak buat jamuan buka puasa untuk adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan saudara terdekat. Kira jamuan pra raya la, lagipun tahun ni turn kami balik ke rumah mertua masing2 so ada yang tak dapat balik ke PS.

Anak2 yang paling suka, bila Mummy bagitau nak buat jamuan dan sepupu2 dia orang akan datang. Dari awal pagi si Daniel sibuk tanya bila Ika & Iki nak sampai... sampai dia tak nak ke kelas ganti sebab takut nanti Iki datang awal dan tak adapat main sama.

Mummy biasalah seawal pagi dah pergi kepasar. Tunggu Daddy sampai kul 7am tapi dia tak balik2 dari surau so Mummy pergilah sorang2. Lupa pulak Mummy kat surau tiap Sabtu dan Ahad ada ceramah agama sampai pukul 8am.

Balik dari pasar teruslah bersilat dan bersenam kat dapor dengan bibik. Cerita pasal pasar, hari ni harga ayam daging RM7.20 sekilo. Dan brother penjual tu kata raya nanti ada kemungkinan naik sampai RM8++.

Tuan tanah rumah menunggu ketibaan para VIP

Tunggu n3 seterusnya yer... ngantuklah...hehehhe

No comments:

Post a Comment