Sunday, August 29, 2010

18 Ramadhan 1431

18 Ramadhan (Sabtu) - Seawal pukul 9am Mummy & Daddy dah pergi ke klinik bawak Danish. Demam dia panas sangat. Kat kampung Daddy ni ada klinik kesihatan tapi tutup law pulak. So we all gi ke klinik kat Slim River. Nasib baik awal pagi tak ramai ornag, so urusan selesai dalam 30 minit je.

Stock bekalan ubat - ubat demam, antibiotik, kurangkan bengkak tonsil dan cool fever. Kos RM60...

Balik dari kampung tak ada apa nak buat, layan mata la sekejap. Tak boleh tidur lama2 nanti pening kepala.

Petang2 pegi petik rambutan kat depan rumah, rambutan dah masak2 sangat buah tak de la lebat mana tapi kat kampung ni siapa la nak makan.

Hari ni FIL buat jamuan bukak puasa kat masjid, so serahkan kat AJK surau untuk masak2. Jamuan untuk 150 orang, FIL tak nak anak menantu kepenatan masak2 kut, tu yang dia serahjer kat orang masjid. Kami kat rumah masak sempoi je untuk berbuka, yang lain2 ambik lauk yang masak kat masjid.

 
Ikan jaket dan terubuk bakar cicah air asam

 
Ayam masak merah dan sup ayam kampung

SIL buat pecal

 
Cekodok pisang dan buah melaka, buah melaka ni Mummy buat la..

Demam si Danish kurang siit, so dia ikut Daddy ke masjid. Balik dari masjid badan dia panas semula. Dan Dania pun ikut demam la pulak. Dah dua2 demam. Bergilir2 lah lap ngan air sejuk.

No comments:

Post a Comment