Saturday, August 14, 2010

4 Ramadhan 1431

Weekend dan puasa. Mesti ada yang menyambung zzz lepas Subuh. Mummy tak sambung tidur takut pening. So bila hari dah cerah sikit, Mummy buat senaman tangan mencabut rumput2 yang dah meninggi kat belakang rumah. Hujan2 ni cepat betul rumput naik.


Nak gi pasar pun malas, lagipun stock lauk pauk semua ada lagi. Cuma sayur2 je yang tak ada, so Mummy gi beli kat kedai je.


Hari ni untuk berbuka Mummy masak lemak putih tauge + tauhu, sambal ikan, goreng ikan dan ketam goreng kari.


Air 3 for RM5.. cakoi dan donut...beli kat pasar Ramadan depan PKNS Bangi.


 
Sambal ikan bilis tu recycle semalam punye, sambal ikan tu baru masak hari ni. Masak 2 ekor je, tu pun ntah habis ke tak

Ikan goreng dan ketam goreng kari...

Masing2 meratah ketam. Oh ya, Daddy kata ketam tu sedap dan mabeles...kalau makan kat luar sure kena RM40-RM50 utk 4-5 ekor ketam.

Kalau rasa teringin ngan ketam goreng kari ni, cubalah resepi kat bawah ni.


- Ketam 4-5 ekor
- 3 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu besar serbuk kari + air (jadikan paste)
- 2 biji telor ayam
- setangkai daun kari
- 2 sudu besar sos tiram
- tepung jagung

Salutkan ketam dengan tepong jagung dan goreng sekejap.

Tumiskan bawang2 yang dikisar sehingga naik bau. Kalau bawang dah rentung tapi uols tak bau apa2, cepat2 gi jumpa dr, mesti something wrong with ur nose...hehehe. Masukkan paste kari

Kacau sehingga keluar minyak. Masukkan sos tiram.

Masukkan telor dan kacau cepat2 ala2 nak buat scramble egg. Masukkan ketam dan kacau sehingga sebati dan kering. Campak la daun kerin setangkai dua...

Tadaaaaa....dah siap pun...ratah je pun sodap!!!

5 comments:

  1. wow mummy best nyer menu..true colour...:)

    ReplyDelete
  2. Lina - tq singgah ... menu biasa2 je...

    ReplyDelete
  3. Hahaha............nmpak gaya perkataan baru dh menalar kemana2,kali ni mummy gee.........apa itu "daun kerin"........

    ReplyDelete
  4. c.gee... akak dah berjaya masak ketam goreng kari tuh... memang marbeles... cuma ketam tak berape padat... tunggu pertengah bulan kang... mesti meletop isi ketamnyer... nak repeat lagi... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Ayien, tahniah2...berjaya menambahkan kolesterol dalam badan....haaha...tp mmg sedap ketam goreng kari tu....

    ReplyDelete