Friday, August 6, 2010

Hilang Kema**an!


Ni paper exam Daniel untuk subject Agama Islam yang baru dapat semalam. Dia dapat 89% je. Dia hilang banyak markah kat Bhg C ni, perkara2 yang membatalkan wudhu'. Mula2 nak marah gak le sbb dapat below 90% tapi bila Mummy semak apa yang dijawab Mummy gelak tak sudah...tak jadi nak marah. Kelakar pun ada. Tengoklah apa yang dia jawab untuk soalan no 1, 3 & 5. Oklah Mummy tolong translate ye kut2 ada yang dah lupa baca jawi.
1. Keluar sesuatu dari kubul atau AKAL
3. Hilang KEMA**AN
5. Menyentuh DU*UR manusia dengan tapak tangan tanpa berlapikPaling kelakar jawapan No. 3 la... apalah anak Mummy ni. Tapikan lepas tu Mummy tanya dia balik apa makna KEMA**AN tu? Dia jawab 'orang yang tak malu'.

8 comments:

Anonymous said...

salam mummy..berapa tahun umur nyer....kira teror la tu...

YIN-WONG KHOO LAI said...

Ala Som dulu "berzikir" dia baca berza*ar" dalam kitab Mutaal Badrin dengan cikgu Mail Kartubi.

~ Mummy Gee ~ said...

Anonymous 8:13am - Anak Mummy tu 8 tahun darjah dua.

Wong Khoo Lai - Pas tu Som baca 'menghidupakan bumi yang mati' jadi 'menghidupkan bom yang mati'... kompius tulisan jawi dolu2...Lagi satu ayat dlm kita mutaalbardain tu 'atas barang mana sifat ada ia daripada asal kejadian'... sila huraikan...soalan yang mesti ditanya masa exam sekolah agama

ba-wow-mim = bum ke bumi?

MSOM said...

Ha ha ha ha ..... Mesti Mummy dia tak terangkan makna perkataan itu sebelum ini?

Anonymous said...

balik-balik, akak gak plak yang kena...dah tentu akak dulu Kelas Khas Pangkat 1...Alfatihah untuk cikgu Mail...banyak berjasa kat kita semua...

~ Mummy Gee ~ said...

Akak Anonymous 3:00PM - Betul tu banyak jasa Cikgu Ismail Kartubi kepada kita 9 beradik. Semua dia yang ajarkan.

MSOM - Lupa la nak terangkan....hahaha....

Mama Miraki said...

mama dapat pangkat 2 sekolah khas....al-fatihah untuk cikgu mail kartubi hehehehhe...dulu budak2 paling suka belajar Munakahat, paling boring Jenayat & faraid....

Anonymous said...

klu hidop kan bumi x leh
tp klu hidopkan bom yg mati sure meletup
BBBOOMMMMMM!!!!!!
hahahahaha

Post a Comment