Friday, August 20, 2010

Ye ye dapat duit raya....


Dah tentukan ke warna apa duit raya tahun ni?

Selain dari baju raya dan kuih raya, duit raya juga sinonim dengan hari raya. Dan macam tahun2 lepas Mummy bukan setakat kena bagi duit raya tapi dapat juga duit raya. Best kan dah tua2 cam ni dapat lagi duit raya...heehehe....

Duit raya ni adalah daripada hasil peninggalan kebun kelapa sawit emak dan abah. Tiap2 bulan hasil yang dapat dimasukkan ke dalam akaun dana. Mummy selaku 'bendahari agong' tukang jaga akaun dan keluarkan duit. Urusan masukkan duit hasil kebun ke dalam bank itu tugas Mama Janet. Kami gunakan duit tu untuk upah orang kerjakan kebun dan juga maintenance kebun2 dan rumah. Setiap kali balik kampung, duit nilah kami gunakan untuk perbelanjaan makan minum.

Setahun sekali kami 9 beradik akan dapat duit raya... kira cam duit raya dari emak dan abah la ni. Jumlah duit raya bergantung pada hasil tahunan, kalua banyak hasil, banyaklah dapat duit raya. Kalau turn raya kat PS dulu, selalunya duit raya tu Mummy serahkan lepas solat raya. Tahun ni turn raya rumah inlaw dan mungkin ada yang tak balik ke PS, jadi duit raya akan diber lebih awal. So uols bolehlah guna duit ni untuk perbelanjaan raya...Since esok Mummy buat jamuan buka posa untuk adik beradik so Mummy dah siap2 keluarkan duit dana untuk bagi pada dia orang. So korang kalau nak duit raya jangan lupa datang rumah Mummy esok... sapa datang lambat dapat sikit je duit raya tu... sapa tak datang...kira burn je la ye...hahahahah

Duit raya untuk 9 beradik dah tersedia...

Untuk diri sendiri...hahaha

6 comments:

  1. Cantik sampul duit raya itu... Bestnyaa kan dpt kumpul reramai esok... Boleh la berposing sakan dgn baju raya memasing kan...ala2 artis nak sambut raya gitu. Ketupat jgn lupa!!

    ReplyDelete
  2. Profesional sungguh mereka ini ya. Ada hitam putih. Patut dicontohi oleh semua pembaca di sini.

    ReplyDelete
  3. hahahahhaha...agak2 untuk yg datang awal esok ada duit raya gak tak dari tuan rumah.....Alhamdulillah...hasil daripenat lelah mak dan abah...jangan lupa sedekahkan doa untuk mereka dan doakan kesejahteraan mereka di sana.
    ehhh lupalah...ni nak dtg buka posa kena pakai bau raya ke...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Memang betul n tepat sekali kata2 arwah mak satu hari sblum dia mintak Mummy Gee amik amik dia dr umah aku dgn alasan nk buat IC baru takut lambat kena denda: Pesanan yg x leh aku lupa sblum meninggalkan umah aku waktu dia duk baring2 katanya.....Mak n abah ni dr kecik hidup susah,anak ramai,nk skolahkan lagi,anak2 x pernah merasa kemewahan seperti anak org lain d saat budak2 main pondok2 n galah panjang korang kena g kebun tolong orgtua angkat nenas,pompuan lak tu, "MAK YO JALOK NGAPURO",bila korang dh mula senang,dh kahwin,ada anak,ada rumah sndiri kebun dh keluarkan hasil abah lak meninggal,giliran mak ntah esok/lusa....jangan gaduh dgn peninggalan yg x sbrapa,buku bank n gran tanah ada kt umah Gee n bla....bla...bla....,huh rupanya itu pesanan terakir mak...

    ReplyDelete
  5. windu kat atuk~
    time nak raya nih... asyik terbayang balik kampung... atuk dah siapkan dodol... sedapnyer...

    ReplyDelete
  6. Duit raya aku kalau ambik masa raya dapat interest tak..? 40% ke...? Jgn potong 40% sudah... geger nanti raya2.

    ReplyDelete