Thursday, August 12, 2010

Ramadan Pertama 1431

Alhamdulillah Daniel & Danish dapat bertahan sampai ke waktu berbuka posa. Walaupun masa balik sekolah kebangsaan dalam kul 5.45pm muka masing2 merah padam dan mondom je... jalan pun cam tak larat je...tak apalah anak2, orang puasa memanglah letih dan lapar.

Daniel - sementara tungu waktu berbuka. Balik sekolah terus mandi dan tidor. Letih sangat agaknya. Daddy ajak gi pasar ramadhan pun dia tak nak.

Mummy cuma masak daging masak lada hitam (sama menu pulak ngan MMiraki) ngan sup bodoh je.

Ikan merah goreng. Pecal tu Daddy yang beli RM3. Tawar dan tak sedap! Tauhu pun dah masam.

Makaroni RM2 dan rojak spore RM10 (consider mahal). Tapi tak apalah sebab semua habis anak2 makan. Makaroni tu sampai berebut Daniel & Danish. Hari ni dia org dah order kat Mummy nak makan makaroni lagi. So balik kerja hari ni kena beli bahan2 la dulu..

Kuih favourite seisi keluarga - tako, kole kacang, seri muka dan lapis. Licinnnnn...

Muka2 ceria lepas kenyang berbuka. Si Danis makan kuih tako 5 biji seorang...

Walaupun anak2 keletihan dan kekenyangan, masing2 ikut tarawih kat surau gak. Malam tadi ul 10.15mlm dah siap tarawih. Malam pertama 10.45 baru habis.

Ni aksi Daniel dan Dania sahur untuk 2 Ramadhan. Semalam Dania tak bangun sahur, hari ni saja je daddy kejutkan dan nak suruh dia puasa separuh hari. Tengok tu sahur pun botol susu tak lepas...

4 comments:

  1. OO itu namanya kuih tako...kami sebut tepung pelita.

    ReplyDelete
  2. Kan aku dh kata, lauk tu klu boleh jngan beli, biasanya x memenuhi piawan klu kueh tu x pe gak........

    ReplyDelete
  3. Semalam aku beli murtabak ayam, air asam boi dgn buah duku langsat. Tanty masak ikan mayong asam pedas, kangkong belacan, ikan masih dan ikan goreng. Orang sebalah bagi nasi impit + ayam ungkep + serunding. Hari ini nak kena balas ni...kalau tak berkumpul pinggan mangkok jiran.

    ReplyDelete
  4. mama suka tepung pelita. tak kena beli ngan orang yg biasa jual. tapi sekarnag banyak orang jual tepung pelita "tipu" . sepatutnya tepu gpelita tu dia kukus kan..ini diaorang nak senang..dia masak dulu tepungberas ngan santan...dan likat dia bubuh aje atas acuan gula tu..tu yang rupa dia macam bertumpuk2 aje tu..kalau dia kukus betul2 mesti lapisan atas tu macam kuih talam...licin aje..heheheh..yelah lambat nak kukus banyak2 kot...mama pernah buat tepung pelita..pakai bekas plastik jer

    ReplyDelete