Wednesday, August 11, 2010

Sahur pertama yang sempoi....

Assalammualikum. Salam ramadhan semua. Sahur apa pagi tadi? Tak bangun sahur? Eh..eh kenapa tak bangun pulak, kalau tak nak makan pun , minum segelas air cukuplah, sunnah tu. Mummy malam ni tidur pun tak lena sangat, kejap2 terjaga. Bukan apa, takut terlajak. Las kul 3.45 mata dah terkebil2.. kul 4am bibik dah bangun, Mummy sambung golek2 sampai kul 4.30.

Menu sempoi je sahur ni, sebelum tidur malam tadi Mummy dah tanya anak2 nak makan apa. So kul 5am baru Mummy kejutkan Daniel, Danish & Daddy. Sapa yang ada anak2 umur 7-8 tahun sure menghadapi karenah cam anak2 Mummy ni.

Dah kat meja makan pun boleh sambung tidur lagi. Terpaksa la Mummy basuhkan muka dia orang tu...

Menu sempoi, nasi goreng kampung ngan ikan goreng dan ikan masin recycle dinner malam tadi.

Menu wajib ikan bilis dan kacang goreng serta telor mata utk anak2.

Masing2 memang makan tahap minium. Tapi dia orang minum susu sampai dua gelas dan air kosong lagi. Kira oklah tu, harap2 semua bertahan sampai waktu berbuka nanti.

OKlah Mummy nak chowgi opis. Bulan posa ni Mummy dah keluarkan office hour yang baru. Ada 3 waktu kerja yang fleksisble yang boleh staff pilih. 8.00 am - 4:30 am, 8.30 am - 5:00am dan 9am - 5.30am. Waktu kerja dipendekkan setengah jam. Mummy pilih yang pertama la, datang awal dan balik awal. Jangan ada yang datang lambat tapi balik awal sudahlah. Insyallah budak2 kat office Mummy tu semua jujur2 belaka.

1 comment:

  1. along n adam nanti nasi masuk kat hidung.bukak ler mata.sapik mkn abis sepinggan

    ReplyDelete