Tuesday, August 17, 2010

6 Ramadhan 1431

Alhamdulillah, Ramadhan dan 6 hari berlalu. Dah tak tau nak masak apa  untuk berbuka dan sahur. Anak2 nak makan spaghetti lagi, kebetulan kuah ada lagi so tinggal celor spaghetti je la. Daddy nak makan sardin sambal. Untuk Mummy bibik ada masak sup ayam.

Rambutan dan dokong dari jiran

Puding jagung, seri muka dan koleh kacang. Tako pun tak tinggal tak yah la snap tiap2 hari ada gambar tako.

Lemak cili api nangka dan ayam. Mummy beli RM2. Alhamdulillah sedap.

Murtabak ayam XL. First time beli. Selalu nampak panjang je orang beratur beli, mesti sedap kut. Tukang tebar je sampai 3 orang. Sekeping RM4. Berbaloi dengan harga dia sebab inti memang banyak daging dan telor.  Ada juga penjual murtabak ni kan, kata je jual murtabak ayam dan daging tapi inti tu dia potongkan sayur kobis dan bawang je lebih. Tak baik betul, tu dah kira satu penipuan dalam perniagaan...

Sambal ikan mackarel cap ayam... Mummy tolong masak je la, sebab Mummy tak makan ikan sardin ni... tekak ni tak boleh terima...

Ayam goreng rempah tapi sikit sangat bibik bubuh rempah so tak nampak sangat. MMiraki jangan lupa rempah ayam yang Mummy suruh belikan tu, bawak sekali hari Sabtu ni...

No comments:

Post a Comment