Thursday, August 26, 2010

Kakitangan kerajaan dapat duit raya

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.



Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
 


Untuk kakitangan awam semua bersyukurlah dapat kerja ngan gomen, kat luar sana beribu2 orang yang mempunyai kelayakan tapi tak dapat nak kerja ngan gomen. Jangan kata kerja gomen gaji kecik dan kerja banyak, kat luar sana lagi ramai orang yang gaji lebih kecil tapi kerja lagi banyak. Beruntung kakitangan kerajaan kerana ada Cuepacs yang sentiasa meminta kenaikan gaji, bonus, elaun itu ini untuk ahli2nya.

Macamana dengan nasib orang2 yang bekerja kat sektor-sektor lain ya, siapa yang nak bela nasib dia orang. Kalau kerja kat syarikat2 besar mungkin ada persatuan pekerja tapi kalau syarikat2 kecil memang nasib tak terbela la. Nak cakap lebih2 nanti kena berhenti pulak. Yang gaji ribu raban tak apa la mungkin tak memerlukan duit x-tra untuk raya ni, tapi untuk yg gaji setakat cukup makan tiap2 bulan mereka sangat2 memerlukan duit x-tra untuk raya. Dan para majikan pun kalau ada keuntungan lebih apa salahnya kongsi sedikit dengan para pekerja, tapi kalau syarikat pun nazak macamana nak bagi lebih pada pekerja, ya tak.

Mummy yang kerja kat company kecik ni memang tengah memulun jadi 'along' kutip hutang customer dan business partner. Harap2 dia orang bayar la dalam seminggu dua ni, boleh lah anak2 buah kat opis dapat duit raya sikit. So uols semua berdoalah lebih2 sikit supaya tugas Mummy sebagai 'along' ni dipermudahkan...

10 comments:

  1. begitulah nasib pekerja2 swasta kan...nak wat camana rezeki dah kat sini. Tak ada sapa nak bela...tak puas hati behenti aje..kat luar sana banyak yang nak cari kerja kan....apa pun syukur alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan ni...tak capai KPI..huhuhu increamemt dapat paling minimum ( kalau adalah)

    ReplyDelete
  2. Betul tu mama miraki... kita serupa.. biarlah tak dapat bonus dan duit raya daripada tak dapat gaji bulan... tapi klu dpt gaji, bonus & duit raya lagi syukurkan...

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah... walau pun ciputtttttt.
    Lepaslah bayar fitrah, baju selai dua dgn duit minyak kereta.

    ReplyDelete
  4. Apalak!!..... untk kluarga Hj Omar & Hjh Amanah awal2 dah dpt bonus raya w/pun orgnya dh x de,cari ler klu jumpa org dh x de tapi duit rayanya pasti sampai tiap2 tahun....lebih bnyk dr yg kerajaan bagi tau! Bersyukurlah.....klu bijak brblanja duit yg kita dpt tu cukup utk sambut aidil fitri insyallah!!!!.........

    ReplyDelete
  5. samala kita mummy...x de duit bonus raya.
    Raya ala kadar je.. x nak la lepas raya kena ikat perut sbb dah terlebih belanja...

    ReplyDelete
  6. rm500 takkan cukup kalau semua barang harian terus naik harga. bukan nak ckp tak pandai berjimat atau apa tapi kalau tiada kawalan harga untuk rakyat, yg hanya gembira hanyalah 1.8juta orang saja, iaitu pekerja kerajaan. ramai lagi penduduk miskin tegar seluruh negara. apa mereka dapat? kalau kerajaan turunkan/kawal harga barangan harian, seluruh rakyat 28juta org terasa nikmatnya.

    ReplyDelete
  7. Comei - jangan sedih2... yang penting cukup budget dapat balik kampung beraya....langsir tak payah tukar, kuih 1-2 jenis je..

    Farizzet - mmg harga barangan kat msia ni cam tak ada kawalan je, minggu lps gi pasar beli ayam sekilo dah RM7.80 ... penjual kata masa raya nanti boleh naik sampai RM8-RM9 ... itu baru ayam belum barang2 lain lagi ...

    ReplyDelete
  8. Apakata raya th ni kita tukar menu raya!!!!!!!!!Rendang tok/ayam tukar jd rendang kerang,sayur lodeh tukar dgn lmak nenas +ikan masin,kuah kacang tukar dgn sambal udang petai/smbal blacan+ulam2an n nasi putih je.........apamacam setuju!

    ReplyDelete
  9. Anonymous - menu baru tu lagi costly...udang ngan kerang sekarang ni mahal, dulu kerang sekilo tak sampai pun RM1...

    ReplyDelete
  10. -akangs-semahal2 kerang mahal lagi harga ayam n sememahal2 udang mahal lagi harga dging lembu rm 25.ha mana nk pilih...

    ReplyDelete