Sunday, August 1, 2010

3 Days 2 Nights : Part I

Alhamdulillah, mummy dah selamat sampai rumah dari kampung selepas menghabiskan percutian 3D2N di Omar's Resort. Ni kira n3 terlewat tapi oklah tu...


Seronok dapat balik kampung dan jumpa adik beradik, ipar duai, anak2 buah dan cucu saudara memang sangat menyeronokkan. Lebih seronok dari gi bercuti2 dengan family kita sendiri je.


Day 1 : Jumaat 30/07/2010


Dalam n3 sebelum ni Mummy dah cerita xtvt Mummy seblum balik ke kampung. Sampai ambik cuti lagi hari Jumaat tu. Mummy bertolak balik ke kg dalam pukul 8.00 am. Sebelum tu singgah kedai makan2 dulu. Masa tu dah calling2 dan sms'ing' MMiraki, Yin Wong Kulai, KSom dan KMah yang dah janji nak balik malam tu. Yang lain2 balik pagi Sabtu.


Mummy sampai kat rumah dalm pukul 12.15 am dan masa tu keadaan rumah meman ggelap gelita sebab tak ada siapa lagi yang sampai. Som kata dia ngan Yin Wong Kulai tengah ngeteh kat PS, so Mummy pun lajak le nak ke PS tpai bila calling2 dia semula rupanya kami berselisih jalan, dia dah nak sampai rumah. So Mummy pun patah balik tak jadi gi ke PS. So sampai lah rumah hampir serentak.


Keadaan rumah cam biasa lah, rumah tinggal lah. Alhamdulillah minggu sebelum tu kakak Mummy si Mama Janet dah balik kampung dan sapu2 sikit. So Mummy dengan Som tinggal ulang sapu je. Tapu tu lah diawal2 pagi kami dha jadi pembunuh tegar... dengan zalimnye telah membunuh beratus2 semut yang bermaharajalela kat rumah tu...sorry ye semut...


Kul 1.30am MMiraki & family pulak sampai. Anak2 yang dah baring pun terus bangun semula sebab gang bas sekolah dah sampai...hehehe. Kak Mah & family sampai dalam pukul 2.00 am. Memang tido lewat la malam tu. Hampir kul 3.30am baru zzzzzzzzzzzzzz....


Awal pagi ada yang 'main masak2' kat ruang tamu .... 6 bungkus 'megi' selesai....

Dah pekena megi, bata anak2 semua tak boleh tutup, so dia orang main je la, tak tau la kul berapa dia orang tido..




Day 2 : Sabtu 31/07/2010


Walau pun malam tadi tidur lewat tapi pagi tu kul 6.am dah terjaga. Rugi nak bangun lambat2 tak dapat menikmati suasana awal pagi kat kampung. Best betul tidor kat kampung, sejuk ya amat. Tak payah nak pasang2 aircond.


Suasana pagi kat kampung...masa ni dah pukul 6.30am

Cam biasa kul 6.45 Mummy dah pegi ke Simpang Tiga cari breakfast. 'Pengiring' Mummy pagi tu Som & Mama Miraki. Tengok kuih semua sedap2...tu yang main tunjuk2 semua nak... ehehhe....dan hasil pembelian seperti kat bawah ni... masa beli dok bayangkan kuih RM1 baru dapat 3pcs...so kenalah beli banyak... lupa la pulak kat kampung ni RM1 dapat 5 pcs...layan je la apa yang kita mentedarah untuk sarapan pagi tu...

RM3 kasui dan RM 3 pau kelapa (my fabret...tersangatlah sedapnye...)

Karipap RM3, kuih getas2 RM2 , pau sambal RM2 dan kuih apa ntah RM2

Gemblong MMiraki dan wajik Mummy. Sungguh tak kreatif orang yang memotong kuih2 ni kan... sapa lagi klu bukan MMiraki...

Selain kuih2 tu we all goreng mee, tapi yang kelakarnye perencah semua dah masak tinggal nak masukkan mee, rupa2nye mee tu 'ada kat kedai lagi'... ni semua MMiraki punye pasal le, dia ambik mee lepas tu dai leak kat empat bawang2, mana orang tu nak kira. Tak pasal2 Yin Wong Kulai kena gi kedai kat Simpang Tiga tu..ehhee

Lepas breakfast dan mandi2...(pst...jgn bagitau orang yg Mummy tak mandi pagi lagi masa gi beli kuih2 utk breakfast tu...heheh) Mummy gi pasar PS pulak...ni dah kategori lewat gak ni, Mummy suka pegi dalam kul 7.30am time orang baru nak susun2 barang, bukan apa...dapat parking dekat sikit...Pengiring yang sama juga mengiringi Mummy. Disebabkan kenduri kali ni kita orang order jer, so pegi ke pasar PS ni untuk santai2 dan cuci2 mata je la.

'Mak supir' dah siap sedia...

2 Pengiring setia Mummy

Lokasi wajib bila gi pasar PS... beli kopi fresh. Brother tu dari jauh dah angkat tangan lagi...heheh...

Tak banyak snap2 gambar sebab masa ni kat pasar PS tu dah panas ya amat, muka pun dah berminyak2. Cam best pusing2 kalau tak panas ni... balik sampai rumah terus bersilat masak untuk makan tengahari. Daddy dan hubby MMiraki bawak anak2 pegi ke Batu Pahat beli asam pedas. So kami kat rumah masak menu lain.

Tak lama lepas tu Mama Janet @ family sampai dan Kak Long & family sampai gak.


 
Asam pedai ikan merah dan ikan sembilan. Memang licin...RM95 utk keduanya.

Sup ayam dan daun kocai masak lemak cili api + tempe + petai (kadar membunuh sebab pedas sangat, tapi menu ni kalau tak pedas tak sedap dan kau!)

4 ekor ayam goreng dan 2kg ikan pun hampir2 'selesai' sekali hadap...

Pasangan 'teman tapi  mesra' tempe dan sambal kicap...20pcs tempeh gone dalam sekelip mata. Itulah rahsia kami adik beradik semua gebuz2 belaka...hehehhe

'Kesesakan lalu lintas' sewaktu makan tengahari...

Lepas lunch lepak2 kejap dan kul 4.30pm Mummy pergi ke PS lagi untuk kali ke-3 dalam masa sehari. Kali ni tujuan utama untuk hantar bibik potong rambut dan nak beli barang2 untuk kenduri. Kali ni pengiring Mummy, Mama Janet, Mama Miraki, bibik2 dan anak2...kira penuh la satu naza tu...

Masa Mummy balik dari PS, Kak Noor & family dah sampai kampung dan orang yang cater nasi briyani pun dah sampai hantar nasi. Ni la menu untuk kenduri

Jelatah & ayam masak merah

Daging briyani dan dalca

Dan nasi briyani...

Berkat mestilah ada, itukan tradisi Jaworld dari dulu, kini dan selamanye...

Hidangan nasi untuk jamu orang datang kenduri


'Pramusaji' yang bertugas...

Alhamdulillah masih ramai orang kampung yang sudi hadir ke majlis kenduri taklil yang kami buat walaupun emak dan abah dah tak ada lagi. Terima kasih pada orang2 kampungku....

Sesi pekena kopi-o kaw lepas kenduri...hubby Kmah dan hubby MMiraki...pergh...leganya dapat kopi kaw!

 
p/s Abaikan tarikh pada gambar tu..heheh 6/12/2031...30 tahun dari sekarang tu...lupa la nak reset date ngan timer dia...

4 comments:

  1. Kenapa gambar aku satu pun tak de haaaa......???. best giler ye Gee dapat balik kampung dapat kumpul ramai2.. tapi kan dalam kemeriahan tu selalu aku yang tak de kan... nak wat cam ne bukan salah ibu mengandung,dimana pun aku berada korang sume tetap dihati....

    ReplyDelete
  2. Walau pun aku ada dan saiz aku agak besar (paling besar )namun wajah aku yang tampan pun tak kelihatan... nape ye...
    Lagi satu ko jangan nak tipu Gee... ko gi pasar PS pun x mandi lagi...ptg baru ko mandi..

    ReplyDelete
  3. Woi Wong Kulai, org mandi la nak gi b4 gi pasar. Masa nak beli bfast je tak mandi, tapi kan walau tak mandi org tu tetap bagi beli kan...kan...kan

    Kak Kay - tak dapek den nak nolong... tapi memang hapenning balik kg...

    ReplyDelete
  4. Kak Kay - Nasib kita hampir la serupa... terima je la dengan redha... heheehe

    ReplyDelete