Thursday, August 19, 2010

8 Ramadhan 1431

Salam semua. Sambung tido lagi ke lepas sahur? Atau sambung tadarus? Alhamdulillah. Mummy tak bolehlak nak sambung tidor lepas sahur ni, nanti kepala pening.

Balik kerja semalam Mummy tak singgah pasar Ramadhan pun sebab cuaca tersangatlah panasnya. So terus singgah kedai runcit je beli sayur2 untuk masak.

Jom layan apa menu berbuka puasa kami semalam (8 Ramadhan) ... jangan pulak ada yang kata Mummy ni riak sebab upload gambar berbuka yang berbagai. Tapikan kekadang kita tak boleh layan manusia2 yang kerjanye nak menyusahkan orang je. Kalau perlu kita pedulikan je orang2 cam tu...

Tenggiri masak taucho (betul ke spelling dia yer!!!)

Bayam masak lemak putih

Sambal belacan power

Kuih ketayap gan pulut pangang. Danny buka cuma makan pulut panggang ni 3 ketul.

Talam ubi, kasui dan agar2

Walaupun menu sempoi tapi Mummy rasa menu semalam yang paling best. Memang berselera sungguh Mummy makan. Kombinasi nasi panas2 dengan bayam masak lemak, sambal belacan 'membunuh' dan ikan masin... memang sedap... kalau emak ada mesti dia kata sambal belacan tu 'ke-me-pi-yar' (apa makna dia? carilah sendiri....hahaaah)

4 comments:

  1. maknanya bertempiaran...

    ReplyDelete
  2. Amboi sikit punya power maknanya tu.....ni mesti translator lulusan dr oversea!!!!

    ReplyDelete
  3. wahai anonymous - kira betullah makna dia tu sebab bila dah makan mesti kepedasan dan secara otomatik bertempiaran lari nak cari air minum...ahahhaha

    ReplyDelete