Thursday, August 12, 2010

Kuih Tako vs Tepong Pelita

Ada yang tanya kuih tako dengan tepong pelita tu spesis yang sama ke lain2. Untuk pengetahuan puan2 ye kedua2nye tu spesis yang berlainan ye walau rupa ada iras2, ala2 sama tak serupa la....

Kuih tako yang dah 'selamat' dalam perut Mummy anak beranak semalam.

Kuih tako tu asal usul belah2 siam. Buat kuih tako ni gunakan tepung jagung atau tepong Hoen Kwe (pegi bakery shop sure jumpa). Dan selalunya kuih tako ni diisi dalam acuan dari daun pandan. Texture tako lembut ala-ala jelly. Dan yang Mummy suka kuih tako ni di letak water chestnut (sengkuang cina) yang diracik halus. Ada gak orang letak jagung. Rupa paras sangat comel, putih bersih, kemas dan menarik. Tidak terlalu manis tapi amat lemak...

Tepong pelita ... ambik dari Pakcik Google

Tepong pelita tu ada juga orang panggil kuih jongkong atau kuih sampan. Buat gunakan tepong beras. Dan diisi dalam acuan dari daun pisang. Kalau darurat gunakan bekas plastik. Lebih manis dari tako. Walaupun rupa paras kurang cantik berbanding tako tekstur dia lebih lembut @ lembik dan berair. Awas masa bawak tepong pelita ni, klu tak berhati2 ada harapan bila sampai rumah acuan daun pisang tu dah kosong sebab isi semua dah tertumpah.

Mummy suka sangat dengan kuih tako tapi tak suka langsung dengan kuih tepong pelita. Semalam beli RM4 dapat la 10 biji dan si Danish sendiri makan 5 biji... kira kuih wajib dibeli tiap petang. Dan memang habis di makan dan bukan untuk hidangan 'Cik Pah'.

Kalau cam rajin nak try buat sendiri , gi la google2 resepi... melambak2... tapi Mummy tak rajin la pulak nak try buat, maybe one day. Lagi pun kat Bangi ni memang ada satu tempat sedap (yang Mummy tau la) jual kuih tako yang sedap. Bukan setakat kuih tako jer tapi lain2 kuih talam dia memang sedap. Masa Mummy buat kenduri last year ada order seri muka dan kole kacang dia, memang mabeles dan alhamdulillah licin semua.... sapa yg duduk dekat2 Bangi boleh gi ronda2 kat pasar ramadhan kat Kajang Utama (depan pasaraya Bintang), brother tu memang jual kuih2 berkukus semua dibantu dengan dua anak dara kecik...

No comments:

Post a Comment